Thursday, May 30, 2013

pemuda rongak berperibadi tinggi

Assalamulaikum,
ye hampir setiap kali nampaj link blog sendiri ni, mmg la akn rase nak bukak. n bile bukak nampak la ade kunjungan dari beberapa org kat traffic bwh tu kn, mcm alhamdulillah, ade jugak org sudi bukak, mungkin terbukak, secara xsengaja terjumpe link blog ni mase google something maybe. n terdetik la di hati ini. jika tidak mampu menulis pun, maka copy paste pun ok. asalkan 'one verse' itu kesampaian. 

actually kali ni bukanlah 100% copy paste. ini gabungan nota usrah n tambahan info di internet. hari tu kena buat teks tazkirah utk daurah. makanya, mulalah me'matomekan' nota usrah, mengcompile kan, susun dan tulis elok2 kan, maka copy paste lah ke blog ini pulak.

maaf ats ketidak konsistennya saya dlm menulis blog ini.



Abu Ubaidah al Jarrah

Nama sebenar: Aamir ibn Abdullah ibn al Jarrah
Ciri2: wajah berseri, kacak,kurus,ceria.

Tiga lelaki quraisy yang paling berseri wajah, paling baik akhlak, teguh peribadi, xdan tidak berdusta, dan mendustakan.
1.    abu bakar as siddiq
2.    uthman affan
3.   abu ubaidah al jarrah

sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang kepercayaan,pemegang amanah dan kepercayaan umat ini, pemegang amanah umat ini ialah Abu Ubaidah bin al-Jarrah.”

l  memeluk islam melalui Abu Bakar, hari seterusnya selepas abu bakar
l  menyertai hamper semua perang

peristiwa perang badar.
Abu Ubaidah al Jarrah telah membunuh ayahnya sendiri. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu bertembung dengan ayahnya tetapi, ayahnya yang telah bersumpah untuk membunuh Abu Ubaidah al Jarrah kerana menjadi pengikut Muhammad. Abu Ubaidah berasa sangat sedih, lalu turun ayat surah Al Mujadalah, surah ke 58:22

“Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.”

Perang uhud
Ketika dalam peperangan Uhud, tatkala pasukan muslimin kucar kacir dan banyak yang lari meninggalkan medan pertempuran, Abu Ubaidah berlari untuk mendapatkan Nabinya tanpa takut sedikit pun terhadap pihak lawan dan rintangan. Apabila didapati pipi Nabi terluka, iaitu terhujamnya dua rantai besi penutup kepala beliau, segera ia berusaha untuk mencabut rantai tersebut dari pipi Nabi S.A.W.
Abu Ubaidah mulai mencabut rantai tersebut dengan gigitan giginya. Rantai itu pun akhirnya terlepas dari pipi Rasulullah s.a.w.. Namun bersamaan dengan itu pula gigi seri Abu Ubaidah ikut terlepas dari tempatnya. Abu Ubaidah tidak putus asa. Diulanginya sekali lagi untuk mengigit rantai besi satunya yang masih menancap dipipi Rasulullah s.a.w. hingga terlepas. Dan kali ini pun harus juga diikuti dengan lepasnya gigi Abu Ubaidah sehingga dua gigi depan sahabat ini rongak kerananya.
Dalam riwayat yang lain Abu Ubaidah mencabut anak panah yang terkena pada rahang Baginda s.a.w.

“manusia rongak berperibadi tinggi”
Gagah dan jujur
Rasulullah menggelar Abu Ubaidah sebagai seorang yang gagah dan jujur. Pada suatu peristiwa di mana delegasi kaum kristian dtg bertemu Rasulullah kerana ingin Rasulullah kirimkan seseorang dari kalangan sahabatnya untuk menyelesaikan masalah kebendaan mereka. (kerana kaum muslimin di pandangan kami adalah orang yang disenangi). Lalu Rasulullah mengirim Abu Ubaidah kepada mereka.

Serangan taun dan kematian Abu Ubaidah al Jarrah
Pada zaman pemerintahan Umar al Khattab, Islam dapat menawan Syam. Ketika itu Syam dilanda wabak taun. Khalifah Umar memanggil Abu Ubaidah balik ke Mekah tetapi abu Ubaidah enggan.

Surat jawapan Abu Ubaidah kpd Khalifah Umar.
Hai Amirul Mukminin! Sebenarnya saya tahu kamu memerlukan saya, akan tetapi seperti kamu ketahui saya sedang berada di tengah-tengah tentera Muslimin. Saya tidak ingin menyelamatkan diri sendiri dari musibah yang menimpa mereka dan saya tidak ingin berpisah dari mereka sampai Allah sendiri menetapkan keputusannya terhadap saya dan mereka. Oleh sebab itu, sesampainya surat saya ini, tolonglah bebaskan saya dari rencana baginda dan izinkanlah saya tinggal di sini.”

Pesan Abu Ubaidah kepada tenteranya
“Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, puasalah di bulan Ramadhan, berdermalah, tunaikanlah ibadah haji dan umrah, saling nasihat menasihatilah. Berilah nasihat kepada pimpinan kamu, jangan menipu, jangan terpesona dengan harta dunia. Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian untuk setiap manusia, kerana itu semua manusia pasti akan mati. Orang yang paling beruntung adalah orang yang paling taat kepada Allah dan paling banyak bekalnya untuk akhirat.”. Assalamualaikum”.
Kemudian beliau melihat kepada Muaz bin Jabal ra dan mengatakan, “Ya Muaz! Imamilah solat mereka.” Setelah itu, Abu Ubaidah ra pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Abu Ubaidah al Jarrah meninggal dunia di Urdun, Syam yang kini ialah Jordan dan dikebumikan di situ. Beliau meninggal dunia pada usia 58 tahun.




wallahualam

Monday, October 15, 2012

cerita kaab bin malik



Assalamualaikum.

hari ini nak bercerita. bukan pasal buaya dgn kancil, tetapi pasal Kaab bin Malik.tahu x siapa kaab bin malik ni? kaab bin malik ini ialah salah seorang sahabat Rasulullah, hidup sezaman dengan Rasulullah. kaab bin malik menyertai hampir setiap perang. tapi satu perang yg tidak disertai kaab ialah perang tabuk.pada waktu itu, perniagaan kaab mendapat keuntungan yg banyak. dek leka akan nikmat itu kaab tidak pergi menyertai perang tabuk. pada hari berangkatnya angkatan perang, kaab berlengah, sampailah semua angkatan sudah keluar dari madinah tapi kaab masih berlengah.

setelah pasukan perang keluar, kaab sedar yg org2 yg tinggal tidak pergi berperang hanyalah orang2 yg sudah tua, perempuan2, kanak2 yg tidak upaya untuk pergi berperang. timbul rasa kegalauan dalam hati kaab. 

setelah pasukan perang pulang, maka berduyun-duyun lah org2 yg tidak mengikuti perang ini, pergi ke masjid untuk bertemu Rasulullah bertanyakan khabar peperangan. pada waktu itu kaab juga masuk ke dalam masjid untuk menyertai rasulullah, tetapi rasulullah menghadiahkan kaab senyuman pahit.

kaab berasa bersalah dan terus pulang ke rumah. dalam pada masa yg sama, rasulullah menyuruh sahabat2 lain supaya bersikap dingin dengan kaab seperti mana saranan ALLAH. kaab berasakan keadaan dia pada waktu itu sangat sempit.dia bermohon taubat pada ALLAH sungguh2.selepas itu barulah taubat nya diterma ALLAH. setelah itulah baru Rasulullah dan para sahabat kembali melayan kaab seperti biasa.


"Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan), dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita), serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepadaNya kemudian Allah (memberi taufik serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah Dialah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."

At Taubah:118

dinyatakan di sini 3 org itu islah kaab bin malik, hilal bin umayyah, dan mararah bin rabi

 "Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."
At taubah:24
 Allahu Allah.
Allah kata MAKA TUNGGULAH. bacalah dari sudut mana pun, ayat itu berbunyi amaran. nauzubillah sempit nya jiwa yg mana taubatnya ALLAH tangguhkan. nauzubillah.


jika kita masih melihat dunia sebagai sebab untuk kita berlengah maka kita silap. 
Allah memberi dunia sebagai loncatan, tempat untuk kite mengejar akhirat.
tapi manusia hari ini hidup, seolah-olah dunia inilah tempat duduk abadi mereka.
Allahu Allah.

wallahualam.




 

Wednesday, October 3, 2012

thabat, pahit tapi manis




Assalamualaikum,,,

like seriously dah lame sgt xupdate ni,,, selalu nya seronok bercerita pasal pengalaman tarbiyyah. tapi dah lame xmenulis pasal tarbiyyah di sini. ye. tepat sekali. blog ini bukan tempat luahan perasaan. walaupun ianya pernah menjadi tempat luahan perasaan. pernah. tapi cukuplah, untuk menjadi seseorang yg bermanfaat kpd org lain, luahan perasaan tolak tepi. tapi update pasal diri mungkin boleh dimaafkan lg,, heee. sbb saya manusia biasa, yg dikurniakan otak oleh ALLAH untuk menulis, dan kerana saya ini manusia, maka ada ketika nya saya juga kehabisan idea untuk menulis. ini spesis manusia yg mengaku dirinya manusia bila melakukan kesalahan. semoga terus ingat bahawa diri ini hanya manusia, eh silap, diri ini hanya HAMBA apabila berjaya i.ALLAH. 




Alhamdulillah semester pertama sebagai pelajar univeristi, ecceh.. berakhir sudah, masuk sudah 2nd semester. result? pencapaian? oh xperlu la nk cerita kat sini, cukuplah saya katakan, sikit atau banyak tetap rezeki, tetap nikmat dan tetap ujian. Alhamdulillah.

hari raya? Alhamdulillah sempat beraya dgn family terchenta. seronok? of course. atarimae!! heee. rasa xsabar nak habis belajar. bukan sbb nk kerja, tapi nak balek duduk rumah dgn family.oh homesick. tapi takde ape nak dikesalkan, malah bersyukur. di sini, tempat yg jauhnya 7jam naik flight dari malaysia inilah bertemunya saya dengan si DIA. si DIA yg bernama TARBIYYAH. semoga saya terus jatuh cinta dengannya, kerana cinta itu sahaja yg akan membawa saya kepada PENCIPTA saya. *senyum manis2!

tapi thabat itu bukan macam kelip mata. tidak. tidak sesenang itu. tapi itu juga bukan alasan untuk melarikan diri dari tarbiyyah. ye. ketika menulis post ini teringat kalimah ALLAH yg satu itu.

"wahai orang-orang yg beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" As Saff : 2


Allahu Allah. tahu akan kebenaran, tapi saat ianya tidak menguntungkan maka kita menolak. jalan ini sumpah xtipu panjang. tp manis. bukan mula2, tapi di penghujung. 

ya ALLAH, tiada lain yg aku minta selain kekuatan untuk thabat. 

thabatkan aku dan mereka. amin ya rabbul alamin.


Sunday, August 5, 2012

ramadhan kali ini



Assalamualaikum


busy nye org itu. sampai xsempat mengucapkan salam ramadhan dekat muslimin2 lain yg mungkin terserempak dengan blog ini. eheh.
bukan agak lambat lagi dah, mmg lambat pun tapi, Salam Ramadhan buat kaum keluarga, sahabat2 yg dikenali mahupun tidak dikenali, eh ade ke?semoga kita meninggalkan ramadhan dengan iman yg superduper hebat nya, insyaALLAH.

Ramadhan sudah pun melewati fasa pertengahan pertama dan sudah pun memasuki fasa pertengahan kedua. fasa lima belas terakhir.

bukan mahu bertanya tentang ibadah dan amalan orang lain. tetapi ingin merenung ibadah sendiri.

masa berlalu sangat pantas. pejam celik, pejam celik ramadhan sudah ingin berlalu sedikit masa lagi. dan kita masih dengan angan2 duniawi. bukan anda dan dia sahaja, tetapi saya, nauzubillah.

ramadhan pertama di jepun.

alhamdulillah. tipu lah kalau dikatakan tidak ade yg luar biasa. sangat luar biasa panasnya. anda tahu? musim panas jepun lebih panas daripada suhu harian malaysia, walaupu jepun negara empat musim. panasnya bukan macam panas malaysia, panasnya ade humidity yg sgt tinggi. faham ke?
dan yg paling menariknya cabaran ramadhan tahun ini ialah ramadhan yg disertakan dengan final exam dan kepanasan summer. the battle of ramadhan+exam+summer!

tapi alhamdulilah. selagi kebergantungan kita hanya ALLAH. yg memudahkan urusan itu pasti juga ALLAH bukan orang lain. tarbiyyah ramadhan dan summer tahun ini.

"maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"
Al Insyirah:5

balik malaysia? ya! saya akan pulang. dua minggu lagi! *countdown :)

oh disini saya sertakan sedikit gambar2 sepanjah jauhlah ke iwate dan miyagi 

 matsu island
 hiraizumi the world heritage


wallahualam

p/s: maafkan saya kerana entri ini tidak berisi.

Sunday, June 24, 2012

itu tanda sayang bukan tanda benci

Bismillahirrahmanirrahim,

eh2,, report xnak buat tp blogging nak, hmmm

maafkan saye hoshizora, kerana sebulan sekali pun belum tentu sye dtg jenguk awk utk menulis sepatah dua di sini, maafkan saye.

alhamdulillah, masih diberi nafas, nafas dalam Islam dan insyaALLAH juga dalam keimanan. 

hijjaz pernah bernasyid dalam lagunya,

hidup tidak selalu indah
langit xselalu cerah,

hidup saya juga tidak selalunya indah,
macam manusia2 lain di luar sana juge,

dua minngu lepas dengar cerita dri sahabat baik, family nya ditimpa musibah. dan sye tenangkan hatinya dengan katakan bahawa ALLAH itu sayang sgt2 dekat dia dan family nye sbb tu ALLAH uji dia dan family die.

esok nya, saya pula kehilangan pencil box saye. sekali dgr semua org pun nk gelak kan? pencil box je pun kan,

oh tidak!

dalam pencil box itu ade id dan password yg saya guna utk pc kat university. dan bukan itu sahaja, dalam pencil box itu juga, ade はんこ。iaitu sejenis cop. cop bank. cop agreement dan sebagainya.siapa yg tak nak nangis bila tahu benda2 tuh semua jatuh dan hilang entah ke mana.
saya pun takde idea bila pencil box tu jatuh. sampai ke pasaraya maxvalue saye mencarinya. 

tapi xjumpa.

seminggu lebih iaitu beberapa hari sblm ni baru jumpa. alhamdulillah.

dugaan minggu lepas pulak.
disebabkan terleka dgn masa yg berlalu, saya rushing naik basikal kejar densha(tren).
akibatnya, jatuh basikal disebabkan jalan yg licin dan kelajuan yg melebihi had. jatuh di depan tempat tgu bas di mana sebuah bas sedang berhenti mengambil penumpangnya. apa yg saya mahu katakan di sini, makna nya ramailah yg melihat saya jatuh ketika tu. sakit. tapak tgn dan lutut saye lebam sikit. alhamdulillah takde luka serius. malu lebih lagi kot dri sakit.

apakah tanda nya ALLAH sgt sayangkan saya juga?

ya. jawapan nya ya!

kerana mungkin saya telah jauh driNYA
dan DIA sedang memanggil saya untuk dekat dgnNYA.
ya ALLAH, DIA sgt romantik.
saya yg terlalu kejam buat xnampak cintaNYA.
astaghfirullah al azim,

ya.
ujian itu bukan tanda benci,
tapi sebenarnya tanda cinta dan sayangnya ALLAH dekat kita.
kita menjauh,DIA panggil kita untuk dekat dgnNYA.
sbb DIA tahu.
manusia ini mudah lupa.
hanya mengingatiNYA saat dalam kesusahan.
lebih teruk lagi menyalahkanNYA saat dalam kesusahan.
nauzubillah.



alhamdulillah, semalam iaitu 23.jun berkesempatan berjalan(naik bullet train) sampai ke aomori
dan tadabbur alam.

idea tercantas disini, mohon berundur,
wassalam. =)











Wednesday, May 9, 2012

jepun, saya, anda dan tarbiyyah



Bismillahirrahmanirrahim, 
Assalamualaikum w.b.t
rase sgt janggal sbb tempat tulis post kat blogger dah berubah wajah (nmpk sgt lame benor nyee xmengepos) yupp saya xmengepos since saya terbang ke bumi sakura ini, 

 subhanallah, cantik kan,

ye sakura sudah tiada, dah gugur lebih kurang seminggu yang lalu, tiada kalimah lebih agung yg mampu mengalahkan kalimah SUBHANALLAH saat melihat kelopak2 sakura yg kembang indah. selama ni just dgr je betapa sakura ni sgt menjadi sanjungan org2 jepun, dan alhamdulillah akhirnye dpt rasakan nikmat nye melihat sakura yg indah dgn mata sendiri, mungkin mmg byk kamera2 mahal yg boleh snap gambar2 sakura yg cantik2 lagi indah2, tapi ttp kalah dgn mata, deria pemberian ALLAH dekat kita nih,, subhanallah sakura itu sgt cantik, cantik bila tgk dgn mata sendiri, kalah semua lens kamera.

kenapa boleh cerita pasal sakura ni ek, konfius kejap, sepatutnya yg menjadi topik hangat (hangat la sgt kan),, ialah macam mana kehidupan saya di jepun. ALHAMDULILLAH, nikmat dan peluang yg mungkin sekali je dtg dlm hidup saya iaitu dpt belajar di jepun, saya suka Jepun, ! terus terang saya dah jatuh cinta dengan Jepun. atau dengan lebih tepat lagi, saya sudah jatuh cinta dengan yamagata. tempat saya tinggal sekarang. kalau ikut peta jepun, yamagata itu berada di belah timur utara jepun, tapi pepatah pun dah sebut, semua org pun dah sebut, HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI, ELOK LAGI NEGERI SENDIRI kan, macam mana terjatuh pun cinta saya pada jepun, sayang saya pada tanah air xterlawan la kan, hoho, apatah lagi cinta saya pada ISLAM, Islam bukan agama saya, tetapi CARA HIDUP SAYA insyaALLAH,.

macam mana dengan study? alhamdulillah, utk yg xtahu, atau terlupa, atau saya mmg xpernah bgtau pun, saya pelajar tahun satu yamagata university dalam bidang humanities and culture studies, saya the one and only pelajar malaysia di yamagata nih yg amik course itu, tak ade senpai (senior) yg same course dgn saya, jadi saya terpaksa berdikari, oh, senpai2 saya yg lain semuanya budak2 engineering,, untuk general education subject ade lah senpai2 bg suggestion class ape yg best, yg xssh untuk score alhamdulillah,, anda harus jeles dgn saya, kerana apa? kerana saya ada senpai2 yg sgt osem dan baik hati, pada hemat saye lah,, kalau anda xrase begitu pun tak ape lah. cuma saya je yg kdg2 rasa, saya bukan lah kouhai (junior) baik terhadap mereka. itu terpulang lah dkt mereka nk menilai, tp harus igt sebaik- baik penilai hanyalah ALLAH. siapa kita nk menghukum manusia, sedangkan kita ni pun manusia kan,

sunyi? ye saya rase sunyi kadang2, sbb dekat yamagata nih, student perempuan hanya ada dua org termasuk saya, srg lagi senpai saya yg ddk dkt kampus lain. jauhnya 40 minit naik tren, jauh la jugak ek, jadi sgt tipu kalau saya kata sye xsunyi, ye, daimate saya empat2 lelaki, course engineering,.tp saya tahu, ALLAH bukan nak jauhkan saya dari kawan2 saya, tp sebenarnya DIA nak saya lebih dekat dgn DIA. saye je yg buat2 xtahu dan sentiasa jauh dariNYA, =(


tapi hari tu alhamdulillah, masa golden week(cuti seminggu minggu pertama bulan mei) saya berkesempatan turun ke saitama, yg terletak sblh dgn tokyo, dan di sana saye jmpe semua rakan2 ibt saya, sumpah! saya sgt rindu mereka, dan pertemuan yg singkat tuh pun even singkat, sgt bermakna kot,

apa lagi mahu cerita ek, oh ye,, saya akan mula sgt2 merindui malaysia bile makanan depan mata saye, saye xboleh makan. hmmm itu mungkin masalah plg ssh la kot, bukan ssh nk atasi, tp mmg menguji kesabaran dan keimanan, tp alhamdulillah, dunia dah maju, applications iphone ade je yg list kan makanan2 halal, alhamdulillah, ye, saye rindu makanan malaysia. itu bezanya dan bestnya malaysia berbanding nihon, hehe...

berckp psal nihon(jepun) nih,, saye rase sgt kesian, saya bukan nak kata saya ini orgnye iman penuh di dada tidak,, tp rase kesian melihatkan negara gah dgn teknologi dan etika kerja yg tinggi mcm nihon ni, syg nye tak ade ROH. faham ke? rakyat2 nye xpeduli sgt dgn agama. bagi mereka agama itu bukan sesuatu yg penting. org2 nye tak ade pegangan yg kukuh. syg kan. dikatakan org jepun nih akhlak dah islam, cuma akhlak nya tidak bersyahadah, aqidah nya belum sejahtera, hmm zannen. (rugi) 

dan kita sbgai umat Islam, x pernah nak rasa bersyukur dilahirkan sebagai muslim, malah suka menjadi fitnah pada agama sendiri dgn akhlak yg buruk, nauzubillah.

tak pernah hilang dan akan terus melekat dalam kepala otak saye ttg ape yg pernah seorg ukhti ini katakan,

"pulang dari nihon(jepun) ni ada dua je kemungkinan, sama ada kamu menjadi lebih baik, dan sgt baik dari diri kamu sekarang, atau kamu jadi sgt jahat dari diri kamu sekarang, tidak ada yg pulang dan dia ttp macam tu shj, kirenya perubahan akn ade, dan kemungkinan hanya ada dua"

rugi lah kita kalau kita menjadi lebih jahat dari apa kita skrg, 


saya bukan tgh berckp dgn anda sahaja,
saya bercakap dgn diri saya,
kerana saya juga xmahu jadi lebih jahat dari apa saya skrg ini,
dan saya juga mahu anda rasa begitu juga,

tegarkah kita untuk kata kita ini sudah cukup baik,
tarbiyya tidak perlukan kita dan kita juga tidak perlukan tarbiyyah
tahu apa itu tarbiyyah?
tarbiyyah itu didikan,
bukan didikan dalam bilik darjah,
tapi didikan atas muka bumi ALLAH ini,
untuk kita cari jalan pulang kita,
bukankah asal kita syurga,
kerana nabi ADAM juga berasal dari sana bukan,
jadi kita tidak mahu pulang ke sana?
seronok duduk di dunia?
dunia itu seronok bagi yg mahukannya,
dan akhirat itu juga seronok,
juga untuk yg mahukannya

wallahualam,

p/s: saya pun tidak tahu apa sebenarnya topik uatama post ini, kerana mulanya hanya ingin menulis perkembangan diri dkt jepun, dan alih2 masuk bab tarbiyyah,, hmmm xpe la, bukannya melencong masuk perkara yg xperlu diperkatakan pun kan, =)




Tuesday, March 20, 2012

let's fly up high!


Assalamualaikum,

dear hoshizora,

just to inform you that i'm flying off to japan tonight, till we meet again,, haha,,,
insyaALLAH kalau ada masa, akan cuba mengepost update,, atau mungkin pengalaman, juga ibrah sepanjang perjalanan di sana insyaALLAH.

sesiapa yg mungkin berada di KLIA malam ini, jumpa di departure hall ok,

wassalam ~