Thursday, December 29, 2011

sayangi ukhwah ini


Assalamualaikum, alhamdulillah, masih diberi nafas hingga ke saat ini, menulis, menyampaikan dan berkongsi cerita, bukan cerita hati tetapi cerita...cerita dan peringatan la sng.

ALLAH tidak pilih saya untuk pergi daurah sabtu lpas bersama-sama rakan2 lain, tetapi Alhamdulillah, ALLAH pilih saya untuk pergi daurah satu hati, hari tu lpas exam final yg pertama. DAURAH SATU HATI.

satu hati. kalau sebut satu hati apa yg anda bayangkan? kursus kahwin? oh tidak sama sekali, bukan hendak bercakap psal nk membina baitul muslim ye, tp nk bercakap psal ukhwah, persaudaraan, berkasih sayang kerana ALLAH, persaudaraan berlandaskan akidah dan hala tuju yg satu iaitu untuk mencari keredhaan ALLAH.

siapa yg tiada kawan sila angkat tgn? ok ramai juga yg xde kwn ni. hmmm... sye bukan nk bg nasihat psikologi pasal mcm mne nk mencari kwn. xde org yg xde kawan. die ade kwan.mungkin cuma die xnampak tu. ALLAH ciptakan dunia untuk manusia dan ALLAH ciptakan manusia untuk akhirat. dan ALLAH ciptakan manusia tu bermacam-macam bentuk dan perangai. untuk kita saling berjalan dan berkenalan di atas muka bumi ini.


"Orang-orang mukmin itu bersaudara, sebab itu perdamaikanlah antara dua orang bersaudara mu dan takutlah kepada Allah mudah-mudahan kamu mendapat rahmah
" 49:10;



" Wahai manusia !Sungguh , Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan , kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal . Sungguh yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa . Sungguh Allah Maha Mengetahui, Mahateliti." Al-Hujurat-13

kita perlu menyayangi untuk disayangi. Rasulullah melarang ummatnya drpd menangisi dan meratapi kematian, tetapi baginda juga pernah menangis ketika org yg baginda sayangi meninggal dunia. dan pabila sahabat bertanya "mengapa engkau menangisi kematian hamba ALLAH ini.'' lalau baginda menjawab, "aku tidak meratapinya tetapi ak menangis kerana ak sygkannya, bagaimana untuk dicintai jika kita tidak mencintai." lebih kuramg begitulah dialognya, tujuan saya cakap kat sini bukan nk suruh anda di luar sana lekas2 cari kekasih, tp saya nk tekankan disini, sayangilah ibu bapa, dan sahabat2 anda. dan anda akn juga dicintai bukan oleh mereka sahaja tetapi oleh ALLAH juga. cintai ALLAH, dan ALLAH akn mencintaimu, kau dekat pdnya DIA juga akn dekat pdmu. kau berjalan pdNYA, DIA akn membalas dgn berlari pdmu.

bagaimana hubungan anda dan sahabat2? pernah x anda berasa curiga, tidak puas hati, cemburu, sakit hati, menyampah, fed up, dan mcm2 lg yg xsepatutnya lahir or even terdetik pun dalam hati anda, bukan hati anda sahaja, tp hati saya juga. cukupkah hanya dengan bergelak ketawa bersama-sama pada saat2 gumbira dan masa2 riang sahaja? atau to make it perfect dengan hanya menangis pada saat sahabat anda berduka cita. tidak. anda bahkan tidak layak pun untuk bergelar sahabat jika anda tidak pernah BERLAPANG DADA dgn rakan2 anda. huh, ganasnya dan pedasnya bahasa... tp mmg inilah rencah sebenar dlm bersahabat.apa itu konsep BERLAPANG DADA?

BERLAPANG DADA.atau dalam bahasa arabnya... disebut sebagai salamatus sadhri. perkataan plg dekat yg ade iras2 dgn perkataan ini boleh saya katakan macam bersangka baik lah... sng ckap nye... contoh plg dekat dgn saya sebagai student yg berkongsi konodminium tiga bilik dgn lima sahabat, bila tgok kawan tinggal pinggan dalam sink tanpa membasuhnya... apa anda akan rasa? saya juga pernah merasakan yg 'hai la minah ni mmg xbasuh pinggan ke kat rumah dia, ade org tlg basuhkan kat umah kot...'....sampai tahap itu kita punya tanggapan, jap bukan kita tp saya punya tanggapan, tipulah anda2 xpernah berasa begitu kan, jadi mana pergi friend forever, BFF yg selalu kita sebut2 tu? susah kan nk berlapang dada? tp kalau anda xpernah rasa untuk mencuba, anda ialah orang yg gagal untuk bergelar sahabat kepada sesiapa pun. positifkan hati, dan letakkan ukhwah persahabatan ini atas nama ALLAH, dan ALLAH xkan pernah biarkan hamba2nya buntu dalam menelusuri jalan yg DIA kehendaki kita semua jalani.

ok. itu stage pertama dalam ukhwah. tapi kalau xlepas first stage ni mcm mne nk ke stage yg seterusnya? KESAMAAN atau dalam bahasa arabnya al musawamah dalam bersahabat perlu bersama-sama mengharungi pahit getir perjuangan demi menegakkan agama ALLAH di muka bumi ini. asas utama dakwah ialah ukhwah. dan kuatnya ukhwah ini dengan adanya semangat untuk saling membantu demi menjayakan dakwah. itu ialah apa yg dikatakan sebagai al musawamah.mcm mane? kalau hati kita pun xboleh nk bersangka baik ngn kwn2 kita, mcm mana nk bersatu untuk menegakkan panji agama ALLAH? anda perlu fikir, dan saya juga perlu fikir-fikirkan ini.

level teratas. al ithar....atau bahasa ringkasnya, MELEBIHKAN SAHABAT LEBIH DARIPADA DIRI SENDIRI... haa.... tgok maknanya pun dah susah kan? sanggup anda lebihkan org lain berbanding kepentingan diri anda sendiri? susah kan, susah. benda itu susah kalau definisi dan aplikasi ukhwah itu sendiri belum kuat dalam diri anda...bukan anda sahaja tetapi juga saya. sayang rakan2 lebih drpd diri sendiri. usah kusutkan fikiran dengan memikirkan bagaimana nk melebihkan kawan2 anda kerana anda sebelum itu perlu fikir bagaimana untuk berlapang dada dan bersangka baik dengan kawan2 anda... bukan anda sahaja tetapi saya juga. kita sama2 ek. sebab kita pun sama2 syg kawan2 kita kan. dan kita sayangkan ukhwah yg kita bina selama ini kan.. anda juga, saya juga, sama2 kita pelihara ukhwah ini dengan menyiramnya dengan baja keimanan dan ketaqwaan yg sentiasa istiqamah kepada ALLAH. insyaALLAH.

sayang dan cintai ukhwah ini dalam rasa kecintaan kepada ALLAH.

wallahualam.








Friday, December 23, 2011

kuberserah




Assalamualaikum,
sudah lama menyepi.
ecece mcm artis pulak bahasa...
tp sye xde nk buat comeback2 ye..
just to inform,
yg saya dah dpt result EJU saya.
Entrance Examination for Japanese Universities (EJU)
kurang lebih masam manis pahit pedas suka ceria duka air mata...
semua ade
saya xnk sedapkan hati dgn mengatakan yg saya boleh fly ke Jepun
masa depan itu bukan untuk diramal tapi untuk dirancang.
jadi saya xmeramal apa2
cukup saya nyatakan
saya hanya menyediakan diri dgn ketentuan ALLAH...



"kalau fly ke Jepun itu yg terbaik demi menegakkan syiar agamaMU maka kau redhailah akan usaha aku, dan jika tidak, kau tabahkanlah hati yg lemah dan mudah dibolak-balikkan ini agar redha dengan ketentuanMU"