Wednesday, January 8, 2014

Tsubasa gerabak nombor 11








Tsubasa gerabak nombor 11

Tsubasa nombor 30 bergerak laju meninggalkan stesen Fukushima. Biarpun menjadi antara bandar yang mencapai carian tertinggi di laman internet pada tahun 2011, bandar itu nampak tenang hari itu. Sepertinya tidak pernah berlaku di pesisir pantainya kebocoran loji nuklear pada Mac 2011.

Hajar membuang pandang ke luar tingkap bullet train itu. Terngiang-ngian lagi suara naqibahnya, Kak Syafiqah tempoh hari. Ada lamaran yang datang untuknya. Ya, lamaran membina baitul muslim. Tetapi belum sempat naqibahnya itu menyebut nama lelaki yang bertanyakan tentang dirinya itu, Hajar terlebih dahulu menolak dari mengetahuinya. Dia merasakan bahawa dirinya belum cukup bersedia. Dan dia juga bimbang dia akan membuat pertimbangan yang berat sebelah. Dia mahu istikharahnya tidak dibayangi identiti lelaki itu, lebih-lebih lagi jika dia mengenali lelaki itu. Dia telah dan masih meneruskan istikharah di lewat malam-malamnya. Umi dan abahnya di Malaysia tidak membantah. Sekarang yang tinggal hanya jawapan dari dirinya.

Jauh dia mengelamun sehingga tidak sedar tren itu sudah sampai di Utsunomiya, bandar utama bagi negeri Tochigi. Mata hajar tidak berkelip saat ada susuk yang tiba-tiba mengambil tempat di sebelahnya. Oh, Hajar hampir terlupa bahawa hari ini dia mengambil reserved seat. Makanya, kemungkinan untuk sesiapa sahaja duduk di sebelahnya sangat tinggi berbanding non-reserved seat yang mana dia bebas meletakkan beg di tempat duduk sebelah jika dia tidak mahu sesiapa mendudukinya, melainkan jika ada yang meminta untuk duduk. Hajar mengetap bibir pula apabila yang duduk di sebelahnya ialah lelaki melayu. Sebesar-besar pulau Jepun ini, boleh pula dua orang melayu ini terserempak dalam satu gerabak yang sama, sebelah-menyebelah lagi duduknya.

“Malaysia?”. Soalan itu menerjah gegendang telinga Hajar. Kerana terkejut dengan soalan itu, Hajar hanya mengangguk tanpa membuka mulut.
“Universiti mana?”. Sekali lagi soalan buat Hajar.
“Yamagata”. Hajar menjawab pendek. Tidak pula dia mahu bertanya lelaki itu pula belajar di mana. Entahkan pelajar atau tidak, Hajar malas mahu ambil tahu.
“Anas Muhammad. Utsunomiya University”. Lelaki itu memperkenalkan diri tanpa dipinta. Hajar sambut dengan senyuman kecil. Maaflah, dia bukan sombong tetapi dia memang tidak pandai bercakap dengan orang yang pertama kali jumpa.
“Hajar”. Kesian pula pada si Anas ini kerana dia beriya memperkenalkan diri, Hajar pun memperkenalkan dirinya. Patut ada rasa gembira kerana sebesar-besar negara matahari terbit itu, dia dapat bertemu orang satu tanah air dengannya. Dan lebih daripada itu lagi, orang yang seaqidah dengannya.

Entah bagaimana perbualan antara mereka boleh berlarutan. Bagi Hajar, Anas seorang yang peramah tetapi sangat sopan dalam pertuturan. Orang Kelantan kata ‘lacak’, boleh dibawa berbual. Dan bualan Anas bukanlah bualan kosong. Dia nampak seronok berkongsi berita baru tentang apa yang berlaku di Mesir, Syria dan Palestin sekarang. Hajar lebih banyak mendengar. Kadang-kala mengangguk tanda setuju dengan pendapat Anas. Tahu-tahu sahaja tren itu sudah sampai di stesen Ueno. Hajar turun di situ. Gerabak nombor 11 itu terus membawa Anas ke stesen terakhir iaitu Tokyo.
Hajar berjalan keluar dari platform . Entah kenapa hatinya rasa senang mengenali Anas. Astaghfirullah al azim. Cepat-cepat Hajar beristighfar. Takut pula perasaan lain singgah dalam hati. Dia mengambil local train seterusnya ke rumah kawannya dan tidur di sana.

************

Hajar bangun pagi itu. Kurang dari sejam lagi dia akan bertolak pulang ke Yamagata setelah hampir dua hari bermusafir ke Tokyo. Fikirannya semalam yang penuh tentang itu, dan mimpi malam tadi. Ya, mimpi itu memberi ilham kepadanya. Seolah-olah jawapan pada istikharahnya selama ini. Iphone dicapai. Nombor naqibahnya Kak Syafiqah didail.

“Assalamualaikum.” Kedengaran suara Syafiqah di sebelah sana. Hajar menyambut salam itu.
“Siapa nama orang tu, Kak Fiqa?” Hajar bertanya. Merujuk kepada lelaki yang melamarnya.
“Orang tu?” Syafiqah blur.
“Oh! Orang tu ke.” Belum sempat Hajar menjelaskan Syafiqah sudah dapat tangkap. Hajar pula yang berdebar.
“Anas. Anas Muhammad.” Hajar terdiam mendengar jawapan Syafiqah.



22:55|17 Disember 2013

Saturday, January 4, 2014

ahlan 2014



Bismillahirrahmanirrahim.

welcome 2014!


alhamdulillah, baru selesai berkampung tarbiyyah di zaoliza, Yamagata selama lima hari, berakhir pada 1 januari lepas.








lets perform our solah,
whenever,
wherever,
because thats the real purpose of our life.



wallahualam.


peace.


Thursday, November 7, 2013

tadabbur ayat sikit, :)



Bismillahirrahmanirrrahim.

Assalamualaikum wbt.



hari ini saya mahu tadabbur ayat dengan anda. tadabbur itu apa?  tadabbur itu ialah menghayati, memahami dengan hati, insyaALLAH.

surah Al Mu'minun  23:115

"Maka apakah kamu mengira bahwa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?"


Allah menciptakan kita bukan tanpa tujuan yang kukuh. dan kita pula bermain-main di dunia ini seolah-olah Allah tidak menyuruh kita berbuat apa, malah tunduk pada-Nya pun kita tidak mahu. Allahu Allah. mari muhasabah diri bersama-sama, kita hidup atas dua tujuan sahaja iaitu :

1. untuk beribadah kepada Allah 51:56
2. sebagai khalifah untuk beriman dan mengimankan orang lain 2:30


mari. bangkit dan sedar. akan tujuan hidup kita yang sebenar. 

wallahualam.

Friday, October 25, 2013

ALLAH itu dekat. sangat. sangat dekat.

Assalamualaikum,




setelah agak lame tak bukak. actually ade je jenguk2, lol jenguk2 blog sendiri, entah ape2 ek,.
tapi xde ilham pulak nak pos ape.


hari ni just nk share. lately rase macam byk fikir psal benda-benda yang tak patut difikirkan pun. so doa2 lah supaya Allah bagi kesibukan supaya dapat lupakan sikit-sikit pasal benda2 mengarut tersebut. 

dan alhamdulillah rasa macam Allah menjawab permintaan, dan rasa sangat sibuk, taklah sangat, tapi sibuk la jugak. ketung-ketang jugak la mesej yang masuk ke handphone. gituuu :P


makanya nak cakap, ALLAH tu mmg sentiasa ada, sentiasa dekat dengan kita. kadang-kadang kita tak perasan yang kita meletakkan ALLAH sebagai pilihan terakhir. nauzubillah. kadang-kadang kita terbergantung harap pada benda lain dulu, and bila tak dapat, baru kita kembali pada ALLAH. tak boleh lah mcm tu ye. saye ni ingatkan diri saya juga. :)



“Dan Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka katakanlah sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang yang memohon apabila ia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (panggilan/perintah)Ku, dan beriman kepadaKu agar mereka mendapat petunjuk (bimbingan)”. 
(Al-Baqarah: 186)


ALLAH itu dekat. mari berlari kearah-Nya.

oh dan lagi satu, ini peringatan untuk diri sendiri dan insyaALLAH untuk anda semua juga.

"apabila kita merasakan bahawa gerabak tarbiyyah(islam) ini memerlukan kita, fikir balik! sebenarnya kita yang memerlukan tarbiyyah(islam)"

like, kita memerlukan, kita tak diperlukan pun :P

jya, wallahualam.

Monday, July 8, 2013

Bara' bin Malik: pendamba syahid

bismillahirrahmanirrahim.


berkesempatan pergi air terjun semalam. subhanallah, sekali-sekala tadabbur alam, banyak yang boleh kita dapat kan :)
lokasi: Ootaki, Higashine-shi, Yamagata Prefecture, Japan.


Assalamualaikum.


hari ini mahu berkongsi nota kuliah maghrib minggu lepas.
cerita tentang seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang bernama 

Bara' bin al malik al Ansari.

Bara' ini merupakan saudara kepada Anas bin Malik.

ciri-ciri Bara' ni, dia seorang yang kurus sangat, dikatakan sampai boleh nampak tulang2 die. dan agak tidak terurus, mungkin sebab die kurus kot. tapi. SANGAT BERANI.

beraninya Bara' ni, sampaikan Saidini Umar kata

"jangan dilantik dia (Bara') ni menjadi pemimpin tentera, nanti binasa tentera kerana dia yang terlalu berani sangat"

lebih kurang gitulah kata Saidini Umar.

cerita ke'epik'kan Bara' ni adalah pada zaman selepas Rasulullah wafat bermakna, zaman khulafa' ar rasyidin kan. zaman Abu Bakar. kalau sebut zaman Abu Bakar, antara masalah  pada zaman itu semestinya 'murtad' dan 'nabi palsu'.

antara orang murtad yang agak berpengaruh pada masa itu ialah Musailamah al Kazab. dia ni sampaikan nak tiru ayat al Quran, n of course xberjaya.Musailamah ni ramai pengikut. senang cakap, Musailamah ni mendakwa diri die nabi la pada masa itu. nabi plasu. pengikut die ramai bukan sebab die ni hebat, berpengaruh or whatsoever la, tapi sebab 'racist'. pengikut die, dari orang bani dia juga.

 racist ni satu penyakit bahaya sebenarnya. sebab racist manusia boleh buang aqidah. bukti dari zaman ni lagi. nauzubillah. inilah masalahnya, apabila yang ditanamkan dalam diri  pemuda bukan 'semangat juang agama' tetapi 'semangat kebangsaan,kenegaraan' dan yang sewaktu dengannya. bukan tidak boleh untuk ada semangat kenegaraan, tetapi janganlah membuang agama demi negara pula. eh terbebel. sorry. sambung kisah Bara'.

then, Abu Bakar pun, hantarlah tentera pimpinan Ikrimah bin Abu Jahal untuk memerangi Musailamah ni. tetapi tidak berjaya. selepas itu, Abu Bakar hantar pula Khalid Al Walid, yang mana barisan hadapannya termasuklah Bara'.

dekat nama Bara' tu kn ade al Ansari, kira nya Bara' ni org Ansar, org asal madinah. dan Bara' pun melaung pada tentera muslimin pada masa itu.

"wahai orang Ansar, jangan fikir nak balik Madinah, tiada lagi Madinah untuk kamu"

gitulah laungan pembakar semangat. semangat supaya semua bersemangat nak berperang, nak syahid di medan perang.

barisan hadapan yg terdiri drpd Bara' ni sgt kuat, sampaikan Musailamah berundur, berundur ke sebuah taman, bukan taman bunga, tapi Taman Maut, ada kubu. ada benteng tinggi. jadi Musailamah pun suruh tentera dia serang dengan anak panah.

so Bara' pun sedar dan ckp kat semua

"kita xkan menang kalau xmasuk melepasi kubu ni, lontarkan aku ke dalam, sama ada ak akn syahid atau berjaya membuka pintu taman ni"

Bara' ni kan ringan, kurus, maka tentera muslimin pun campak Bara' ni ke dalam kubu dan Bara' berjaya membuka pintu kubu. tentera Isalam menang dan Musailamah terbunuh.

-Syahidnya Bara' bin Malik-

peritiwa pembukaan Thusar

tentera Islam mengepung kubu tentera parsi. pada masa itu, tentera Parsi gunakan senjata rantai bertombak, berserampang panas. dan pada ketika itu serampang itu terkena pada Anas bin Malik. Bara' pun lompat ke arah Anas untuk nak cabut serampang itu, sampai terbakar tangan Bara'. Anas terselamat, tetapi daging tangan Bara' luluh terbakar. dan waktu tu, Bara' doa mohon sgt2 kat Allah nak syahid, dan Allah kurniakan mati syahid kepada Bara'.

saya pun tidak pernah dengar nama Bara' ni sebelum ni. tp ramai sgt kot, sahabat Rasulullah yg kita tak pernah kenal tetapi sgt hebat, masyaALLAH


itulah dia keobsesian Bara' pada syahid di jalan Allah. kita? apa obsesi kita?

jom bina kekuatan, mahu obsesi pada syahid di jalan ALLAH, kalau Bara' boleh tahan panasnya serampang itu, kita juga boleh tahan panasnya berpuasa dalam musim panas kan. 


wallahualam.

Friday, July 5, 2013

#prayforislam






ya, saya bersama Dr Mursi.

saya bersama mereka yang mahu menegakkan agama ALLAH.

bukanlah pejuang, jika tidak diuji bukan. 

saya harap anda juga bersama-sama saya.

bersama-sama Dr.Mursi

bersama-sama mahu menegakkan agama Allah.

#prayformesir #prayforpalestine #prayforsyria #prayforislam







wallahualam. peace.

Sunday, June 30, 2013

istimewanya istighfar.

Assalamualaikum w.b.t

gambar hiasan. tiada motif

hari ini nak kongsi nota usrah saya dengan anda semua.

tajuknya:

ISTIMEWANYA ISTIGHFAR. ^^ -Astaghfirullah al azim( ampunilah aku ya ALLAH )-

di dalam al quranul karim, ada banyak surah-surah tentang istighfar. perintah istighfar. 

jom tengok surah Hud ayat 2 dan 3, 11:2-3

ayat 2

(Al-Quran yang demikian sifatnya diturunkan oleh Allah) supaya janganlah kamu menyembah sesuatupun melainkan Allah. (Katakanlah wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepadakamu, sebagai pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman).

  ayat 3

"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu ruju` kembali taat kepadaNya supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang salih) akan pahala kelebihannya itu dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya).
   



ayat istighfar(meminta ampun) sentiasa hadir bersama-sama ayat 'mengabdikan diri pada ALLAH, sembah ALLAH yang satu'.
kenapa?
sebab, istighfar sangat-sangatlah berkait rapat dengan ibadah. manusia, kita manusia inikan firahnya membuat dosa. 'mengabdikan' diri pada selain Allah, maka Allah ingatkan kita  untuk  kembali mengingatinya dan memohon ampun pada-Nya.

istighfar juga sentiasa diiringi dengan perintah taubat.

ingat ye. taubat itu bukan apabila kita rasa kita telah melakukan dosa sahaja, tetapi taubat itu mesti sepanjang masa. 

syarat-syarat taubat :

1. insaf
2. tinggalkan dosa
3. tekad untuk tidak mengulanginya lagi.

"setiap anak Adam itu sentiasa melakukan kesalahan, dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan ialah mereka yang sentiasa bertaubat"
-riwayat Ahmad dan Tarmizi-

istighfar pun sama macam taubat. bukan waktu kita melakukan kesalahan, dosa sahaja. contoh, istighfar bukan apabila kita terlihat aurat bukan muhram sahaja.

tetapi istighfar juga perlu sepanjang masa.

sesunnguhnya, istighfar itu amalan para malaikat. jom tengok surah al ghafir/mu'min ayat 7

40:7
“Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya; dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): “Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka.” 

 malaikat yang imannya tidak pernah turun pun memohon ampun pada Allah, kita bagaimana ye?

4 keistimewaan istighfar beserta dalilnya :

1. istighfar itu cerminan bahawa kita selalu buat dosa, taqwa senipis kulit bawang. (3:135)
maka perbanyakkan istighfar, kerana ia bukti kita sentiasa dosa, dan kita tahu kita buat dosa.

2. sumber kekuatan ummah. (11:52)
dalam ayat ini nabi Hud menyeru umatnya untuk memohon ampun kepada Allah, dan sebagai ganjarannya, Allah akan berikan kekuatan kpd mereka.umat yang kuat semestinya umat yg sentiasa mengingati Allah, sedar akan dosa dan segera memohon ampun pada-Nya.

3. istighfar dapat mencegah bencana. (8:33)

"Allah turunkan dua penyelamat dari azab (untuk ummat ini ummat Muhammad) iaitu keberadaanku (Rasulullah) dan istighfar"
-hadis riwayat Tarmizi-

4. memudahkan urusan seseorang, memudahkan jalan mencari rezeki dan memelihara seseorang. (11:52)


jom perbanyakkan istighfar. mudah sahaja. jadikan tabiat selepas salam dalam solat harian kita. jangan apabila terasa melakukan dosa sahaja, kerana kita ini sentiasa melakukan dosa, maka istighfar juga perlu sentiasa.

wallahualam.