Tuesday, March 20, 2012

let's fly up high!


Assalamualaikum,

dear hoshizora,

just to inform you that i'm flying off to japan tonight, till we meet again,, haha,,,
insyaALLAH kalau ada masa, akan cuba mengepost update,, atau mungkin pengalaman, juga ibrah sepanjang perjalanan di sana insyaALLAH.

sesiapa yg mungkin berada di KLIA malam ini, jumpa di departure hall ok,

wassalam ~

Friday, March 9, 2012

tinta As-syuhada untuk Syria



Oleh:

Nur As-syuhada binti Amran

Tahun 2 Universiti Ain Shams

Padat.Tempat- tempat begini memang normal padat begini.Padat dengan manusia seantero bandar Kaherah ini barangkali.Tambah pula, hari ini hari minggu. Hari anak- anak menagih janji daripada sang bapa di gedung teddy bear mega Toys R Us… hari surirumah pun mahu menuntut hak masing- masing sebagai pengatur barang- barang dapur terhebat. Hari remaja- remaja kononnya mahu melepaskan tekanan dengan aktiviti lepak, tipikal remaja.Macam di Malaysia juga.Logiklah pusat beli- belah terbesar di Mesir, City Star ini padat amat.oh, satu sebab lagi! Hari ini 2 Mac… awal bulan. Patutlah!

Duduk santai menghadap kaunter KFC di Food Court.Mengabaikan hingar- bingar jerit dan gelak tawa manusia yang kian membanjiri ruang makan itu, tangan mencapai HTC dari poket jeans. Ibu jari menyentuh ‘menu’ di skrin, masuk ke ruang ‘internet application’. Laju, skrin memapar laman ‘saved page’. Hujung telunjuk menolak cursor di skrin ke pautan berwarna biru. Mata fokus pada laman utama blog seorang kenalan maya yang baru saja dibuka di tab baharu.

Lagi warta dari bumi Syam; Syria. Lagi kisah penyembelihan besar- besaran masyarakat Sunni di Homs.Lagi cerita kebinatangan Bashar al- Asad dan tentera- tenteranya.Saban hari, jumlah umat yang syahid kian bertambah.Barangkali angka- angka kematian bisa diterjemah ke carta palang. Oh, macam mahu buat carta palang markah pelajar lulus di sekolah saja gamaknya! Semudah itu nyawa melayang di tangan manusia bertopeng iblis, langsung tak punya nilai kemanusiaan.

Tak cukup pemuda- pemuda, wanita dan kanak- kanak tak terkecuali dalam pelan perancangan kejam Bashar al- Asad.Betapa dia tak punya etika dalam berperang. Oh, terlupa pula, apa golongan syiah nusairiyyah yang jauh terpesong ini maklum dalam larangan- larangan dalam berperang yang ditekan oleh Rasulullah…? Eh, terlupa pula lagi, adakah manusia ini sedang berperang dalam erti kata sebenar? Berperang dengan rakyat sendiri…

Hari demi hari, jelmaan iblis itu seakan membentuk ‘timeline’ nya yang tersendiri dalam plot penghabisan nyawa manusia. Ah, dunia apakah ini? Terasa macam menelaah hikayat perang zaman Julius Caesar Rom lama…

Bercerita perihal pembunuhan beramai- ramai, aku terfikir- fikir.Apa mungkin pembunuhan beramai- ramai versi Bashar al- Asad ini pembunuhan paling kejam abad ini atau bagaimana? Akal cuba membanding- banding ‘kehebatan’ keluarga Asad ini dengan puak Israel di tanah Syam yang sebidang lagi;Palestin. Cuba juga membanding Asad dengan puak Soviet di Bosnia puluhan tahun lalu.Kesemua mereka punya persamaan.Misi membunuh rakyat beramai- ramai.Misi menghapus etnik beramai- ramai dan paling nyata, misi menghapuskan umat Islam secara total. Oh, aku baru tersedar tentang hakikat ini! Ya, Cuma ada satu perbezaan.Keluarga Asad ini mengaku Islam, atas tiket syiah nusairiyyah yang pelik itu.Sedang, Israel juga Soviet nyata bukan Islam.

Pening dengan puak nusairiyyah dengan cara hidup, cara bergaul, hubungan mereka dengan dunia luar… pening kepala memikirkan kebarangkalian; syiah nusairiyyah sama saja dengan puak Israel?

Tangan meraup wajah. Kita cakna, kita ambil tahu, kita sama- sama berempati dengan nasib saudara seakidah yang maruah mereka dipijak- pijak oleh kuasa diktator yang zalim persis firaun zaman ini. Tapi, jiwa jadi sakit, hati jadi hiba.Sampai bila kita hanya mampu menghulur simpati?Sampai bila kita harus melihat dari dunia yang sebelah ini pula? Sampai bila kita hanya mampu mengatakan, “kita saudara” tapi kita tetap begini…? Terasa malu… malu pada Allah, kudrat yang diberi pinjam kepada seluruh umat Islam seluruh dunia…tetap kita gagal pertahan saudara kita sendiri… malu pada Rasulullah, kehebatan Islam suatu ketika dahulu ranap dek doktrin dan pengaruh kuffar yang halus pada zaman ini. Kuasa dan politik dunia sudah terlerai daripada genggaman Islam, maka kita seakan- akan tidak mampu berbuat apa- apa. Kita tak betah bangkit untuk pertahan hak!

Ya Allah, wahai Tuhan Yang Menurunkan Kitab, Tuhan Yang Menggerakkan awan, Yang mengalahkan al- Ahzab… kami mohon, turunkan pertolongan Kamu, hancurkan mereka…hancurkan mereka…hancurkan mereka!

Tanpa sedar, berkali- kali qunut nazilah dilafaz… terimalah rayuan kami, hamba yang hina ini, Tuhan!

Dengan hati yang terbakar juga, baki kemarahan khas untuk sekutu- kutu Bashar al- Asad,aku meneruskan pembacaan. Internet, memang banyak manfaatnya, dunia di hujung ibu jari, kan? Medium suara manusia tanpa sempadan… tak perlu bersusah payah menjadi ‘orang besar’ untuk cakap banyak. Ah, sudah… sudah… ala- ala mengarang karangan bahasa zaman SPM dengan tajuk ‘internet’.

Kali ini jemari menolak tetingkap baharu, membuka laman ‘newsfeed’ facebook sendiri. ‘scroll’ di kanan skrin dilarikan ke bawah. Mencari sebarang kemas kini dari Syria daripada status teman- teman ataupun ‘group’ tertentu. Status- status peribadi berkenaan teman yang bakal mendirikan bait muslim dan sebagainya, aku tangguhkan dahulu. Ya, belia peduli ummah! Aku memang sedang bersemangat sekarang…

Gambar terbaharu.Seorang kanak- kanak yang syahid.Sudah terkulai hasil bedilan bom tentera Syria.Aku culas memikir- mikir. Semacam kenal wajah dia…

Gambar seterusnya.Kanak- kanak yang memegang banner bertulis, “selamatkan anak- anak di Syria”. Oh, Tuhan. Ya, kanak- kanak yang sama! Minggu lalu dia meminta haknya dipertahan, minggu ini dia sudah dijemput Ilahi!

Gambar lain… gambar manusia disembelih… diulangi, MANUSIA… bukan haiwan korban yang menggelupur selepas urat mari’dan halkum diputuskan… Ah, masih layakkah rejim Bashar al- Asad dipanggil manusia?

Lagi, gambar kanak- kanak yang tak erti apa- apa tentang hidup. ‘Innocent’ sungguh. Bermain- main di halaman kampung yang sudah dikelilingi ratusan kubur. Selamba, masih seronok bermain- main, tak gentar langsung… kerana dia tahu, kelak kubur di sekelilingnya itulah tempat yang bakal dia tujui.

Jemari menyentuh ‘share’. Kekadang, tak semua orang tahu apa yang kita tahu. Apa yang boleh dikongsi, jangan kedekut untuk dikongsikan. Informasi, bukan sukar untuk dikongsi pada semua.Paling tidak pun, biar umum maklum tentang saudara kita di tanah Syam itu. Biar umum maklum dan faham bahawasanya isu Syria bukan propaganda murahan! Biar mereka tahu menilai bahawa dunia mampu menipu selagi media dikuasai kuasa jahat.

Angkat muka dari HTC di tangan.Sudah puas mengeluh, istighfar. Sambil itu,mata melilau mencari kelibat yang dicari- cari, namun lautan manusia yang ‘zahmah’sememangnya menyukarkan pencarian. Kiri, kanan manusia bertali arus dengan pelbagai ragam.

‘ Orang Arab kalau shopping boleh tahan jugak!’ itu komen aku. Tak semena- mena, apa tidaknya, berbondong- bondong beg plastik ‘Spinney’ kuning dibawa sekeluarga!

Dan, mata aku memang tak beralih saat terpandang 3 susuk akhwat Malaysia yang baru sahaja melintas ‘food court’. Lama, mataku membontoti langkah laju mereka, bukan sebab mereka menjinjing beg plastic berbondong- bondong persis keluarga Arab tadi…. bukan pula sebab wajah mereka pernah aku kenali… bukan juga sebab mereka bertiga berpakat sama- sama melarikan pandangan mereka daripada aku sebaik pandangan kami bertembung tadi …,sengaja aku pandang begitu. Yalah, pandangan aku membawa maksud bahawa aku sedia menjadi musyrif untuk mereka lantaran sekarang jam sudah menunjukkan jam 9 malam… sudah agak lewat juga… sudah 2 jam Isyak berlalu. Oh,akhwat dan musyrif! Isu yang tak pernah selesai dalam komuniti Melayu di Mesir.

“hai cik abang!”, bahuku ditepuk dari belakang. Meski terkejut dengan sergahan tiba- tiba itu, sengih tetap diukir mendengarkan suara garau yang di’perempuan’kan. Refleks aku menyiku pinggang manusia di belakangku itu.Gelak terbahak- bahak.Aku menoleh.Sah.Fikri. Zahir dan Rem pula tersengih- sengih.Tempat diambil di depanku. “pandang awek- awek tak kelip!” Rem membuat ulasan mudah. “erm, aku terfikir nak mintak kau jadi musyrif dia orang balik.” Mudah juga aku membalas.Terus dia tarik muka. “no way!”. ya, itulah isu dia. Oh akhwat dan musyrif!

“Lama gila! Barang tak la banyak pun.” Komenku spontan. Fikri yang sedang meneliti resit sepanjang pembaris 15 cm it terus angkat muka. Bulat matanya mencerlung aku. “houh, sumpeq gila kau tahu! Tunggu nak bayaq pun dekat setengah jam…” dan dia terus merungut tentang seorang mama yang bertikam lidah dengan seorang remaja gara- gara memotong barisan di kaunter Spinney… dan aku hanya sengih mendengar perkataan Jawa ‘sumpeq’ (padat) yang kedengaran pelik dalam loghat Kedahnya.

“Lama lagi tak nasi? Tak sampai- sampai lagi?” soal Zahir sambil mengeluarkan bar Mars dari dalam beg plastic.

“Jap lagi. Nanti aku ambilkan. Eh, Basyir nak udang solso tu kan?” memang aku sedang menunggu Restoran Panda menyiapkan makanan kami.

Angguk.

“Maggie?”, beberapa bungkus mi segera berjenama Maggie menarik minatku.

“Ha’ah…ala, weh.Sekali tak sekala je makan.Lepas ketagih. Inshaallah tak affect otak sangat. ” Zahir menjelaskan sungguh- sungguh, yakin dia bakal dileter.

“Ni bukan soal kandungan benda tu.Maggie tu muqataah. Macam tak biasa kut makan jenama lain.” Gaya membebel, itu aku sedar.

“Lorh, rilekslah. Bukan selalu aku beli benda mahal ni. Kau tahu, Maggie ni mana ada jual kat Mesir ni… kan ni brand Malaysia. Malaysia tak tolong Israel sangat kut…” ya, kalaulah dia tahu betapa setiap pelaburan pembelian hatta sebungkus Maggie ini mampu membuahkan untung yang bukan sedikit…

“Kalau seluruh rakyat Malaysia beli benda ni, tak ke untung Israel tu?”, masih kelihatan berleter, entah- entah sekejap lagi Tuhan buka lorong hidayah dari patah- patah kataku…

“Ok, ok. Fine. Esok- esok aku beli yang brand Spinney tu je…”, meski ada nada sindiran di situ, paling tidak pun, dia akan selalu ingat bahawa Maggie perlu diboikot!

“Eh, macam lambat pulak nasi Panda tu. Lapar. Aku beli fries kejap.” Zahir bangkit lalu melangkah laju ke deretan restoran.

“Haa, claim kan sekali burger aku”, pesan Rem.

Mata pandang skrin, tapi sempat kukerling resit Rem. McDonald. Dan lenggok Zahir aku perhatikan. McDonald. Kentang goreng dan burger McDonald! Ah,tak lut juga rupa- rupanya bebelan demi bebelan tadi! Mungkin, lepas ni kena tampal logo- logo barang penyumbang kewangan Israel di setiap pintu bilik…

Duduk bersandar.Perut sudah lapar, makanan tak siap lagi.Perut tambah berkeroncong melihat keluarga Arab di meja sebelah yang sedang menghadap Firakh Masywi. Terus dialih pandangan, dan pandangan jatuh pula pada krim Johnson n Johnson di dalam beg plastic milik anak perempuan keluarga tersebut. Teringat kata- kata kakakku di Malaysia, “Johnson n Johnson ni bau dia memang comel. Budak tak comel pun boleh jadi comel pakai benda ni!” Ah, kalaulah kakak tahu betapa ramai anak- anak comel di Palestin sana yang terkorban dek bedilan peluru- peluru sumbangannya…

“Basyir mana?”, soal Fikri tiba- tiba. Tangannya laju menyentuh skrin Ipad sebesar buku nota Physiology aku.

“Phone dia kan kena seluk semalam. Tu pergi cari barulah.”Baru aku mahu buka mulut, Rem sudah menjawab terlebih dahulu.

Dan, semacam diseru- seru namanya, Basyir muncul dari kelompok manusia yang bersesak- sesak. Muncul dengan beg plastic Nokia di tangan kirinya. “haa, panjang usia! Tu dia… Iphone baru! Mai sini aku tengok dulu!” semangat Rem pada setiap model Iphone memang tak pernah luntur. Dan aku duduk memerhati cuma. Ah, sudah. Nokia pula. Memang susah sungguh mahu lari daripada membantu puak- puak Yahudi Israel itu, kan?

“hah, kau mesti ada niat nak mengutuk aku kan??? Itu muqat, ini muqat… peduli apa aku!”Basyir tiba- tiba tinggi suara.Aku terkesima.Terkesima, sebab suara dia memang cukup kuat untuk bikin orang di meja sebelah menghantar pandangan pelik. Terkesima, sebab tiba- tiba dia menghentam, sedang aku tak suarakan apa- apa pun! Dan tersentak juga aku, bila katanya, “peduli apa aku.”

Aku angkat kening, Fikri di sebelah buka mulut.“ni kau tiba- tiba emo kenapa???”. Aku diam cuma, tak berniat mahu bikin kontroversi pula di ruang makan umum ini.Aku pandang Basyir yang sedang meraup wajah. “sorry bro. tak pasal- pasal pulak aku emo… taklah, aku macam penat. Penat nak dengar segala macam benda.Itu tak boleh ini tak boleh.Kata human right. We’ve right to make our choice kan?” suaranya sudah rendah. Aku angguk cuma. Angguk sebagai tanda aku terima kemaafan dia. Angguk juga sebagai tanda aku faham bahawa tak semua orang faham apa yang kita faham. Angguk juga sebagai tanda betapa aku kagum pada dia yang hebat bicara perihal hak.

Maka, satu soalan yang tidak aku lontarkan di ruang tegang tadi, “ hak saudara- saudara seakidah kita di Palestin, Syria, siapa yang mahu pertahankan? Apa mereka bukan manusia, yang punya hak di atas muka bumi ini???”

Keluh.Allah jua yang memberi hidayah. Moga Allah sentiasa buka jendela hati kita dalam menerima petunjuk Dia. Moga Allah bantu kita menegakkan Islam di muka bumi dalam zaman yang dahagakan keadilan ini…

Thursday, March 8, 2012

ujian adalah tarbiyyah(didikan) dari ALLAH



Bismillahirrahmanirrahima, Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, alhamdulillah, peace be upon you Muhammad s.a.w.
saya perasan sesuatu setiap kali ada perasaan nk menulis kat sini, hari itu mesti hari jumaat disaat-saat org nk pergi menunaikan solat jumaat, moga beroleh barakah sayyidul ayam ini.

人は誰でもそれぞれに悩みを抱えて生きる、、

tiba2 teringat lirik lagu bigbang ni, maksud die " manusia ini, walau sesiapapun pasti ade menanggung masalah dalam kehidupan." hmmm, maknanya, tidak perlu jadi perdana menteri untuk menanggung masalah, tidak perlu menjadi seorang suami untuk menanggung masalah, tidak perlu menjadi seorang guru untuk menanggung masalah.

masalah...

saya bukan nak bercakap pasal masalah sebenarnya.

dan bukan nak bercakap pasal masalah saya sebenarnya.

saya nak bercakap pasal ujian.

mungkin juga bercakap pasal masalh umat hari ini.

uhh! that sounds serious sgt la kot ek, "masalah umat."

eh xde la serious, i'm 20!
tidak perlu tunggu dapat degree untuk bercakap tentang masalahh umat.
tidak perlu tunggu umur 30,40 untuk bercakap tentang masalah umat.

kejap2, saya ni ada habit suka lari topik, ok xpe. back to the topic.

saya nak bercakap pasal ujian. as long as u're human, ALLAH itu akan sentiasa menguji hambaNYA. ALLAH bukan xsayang kita kalau DIA uji kita, malah sebenarnya sebab DIA sayanglah DIA nak uji kita. DIA xnak kita lupa DIA. kalau kita silap masa tu jugak DIA nak tegur kita. DIA xnk terlambat untuk tegur kita. sebab ape, sebab DIA sayang sungguh2 dekat kita. kita je yg xnampak KASIH SAYANG DIA.

baik yang berada di atas jalan tarbiyyah, baik yang baru nak melangkah ke jalan itu, baik yang sekejap lagi akan melangkah ke jalan itu, kita semua sama. ALLAH bagi ujian dekat kita mengikut kemampuan kita.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
- Surah Al-Baqarah, 286


sebab ALLAH sayang sangat kat kita, DIA yg menciptakan kita, yg memberi nikmat dekat kita, DIA jugalah yg memberi ujian setimpal dengan kemampuan kita. jadi putus asa itu harus tidak ada. mungkin kerana kita je kot yang kurang bersabar dengan ujian ALLAH.

"dan orang-orang yang sabar karena mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik), (yaitu) syurga 'Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang saleh dari bapak-bapaknya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu; (sambil mengucapkan): "Salamun 'alaikum bima shabartum = keselamatan atasmu berkat kesabaranmu ". Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu
(QS Ar-ra'd [13]: 22-24)


sabar itu salah satu sifat mahmudah, macam dalam lagu hijjaz, SUSAH DIMILIKI PAYAH DIJAGA. kita manusia, mmg cepat melatah kalau ditimpa ujian berbentuk musibah.

ujian boleh jadi dalam bentuk musibah, boleh jadi dalam bentuk nikmat. dan "tidak sabar" ini saling berkawan rapat dengan sifat "tidak bersyukur". apabila ditimpa ujian, kite mengaduh, menyalahkan takdir ALLAH, dan apabila kita peroleh nikmat berjaya, kekayaan, kesihatan, kita mendongak langit tanpa ucapan alhamdulillah, tiada sujud syukur luhur. sedangkan ALLAH sayang sungguh2 dekat kita kan??? kita lupa tu.

dan bagaimana pula ceritanya ujian dan ranjau jalan tarbiyyah. pahitnye bagai hempedu, tapi sebenarnya, ALLAH janjikan kita MADU! kemanisan yg kalau difikirkan kita mungkin akan jadi gila iaitu JANNATUL FIRDAUSI.

"ujian adalah tarbiyyah dari ALLAH. "

ujian untuk setiap orang itu berbeda, perghh berbeza sudah! maknanya tarbiyyah ALLAH untuk hamba-hambaNYA berbeza bagi tiap2 seseorang itu. kita mungkin melalui titian yg sama, tapi fikiran dan sifat yg berbagai yang ada pada manusia, menjadikan tarbiyyah ALLAH itu juga berbeza mengikut diri mereka. ermm, macam berbelit lah ayat ni. faham ke?

contohnya,

apabila diterjah oleh rakan-rakan soal perkahwinan. pandangan rakan2 kita,, kahwin awal ini tidak bagus. pelajaran penting. dan kita pula membalas sebagai, perkahwinan awal ini mampu menghindarkan fitnah, dan menjaga hubungan antara dua insan, betul! tiada yang salah dalam dua-dua hujah.

kemudian bau2 pertelagahan semakin kuat. bukan lah bertelagah sebenarnya, cume pandangan tidak sama, atau pendapat yg bercanggah, juga salah faham mana-mana pihak, salah faham soalan. dan mengundang kurang senang dua pihak. sebagai orang yg faham , insyaALLAH, kita mungkin cuba untuk memahamkan rakan2 kita ini, tapi kita tersalah step, tersalah method, tersalah ayat, yang akhirnya menimbulkan kecelaruan otak rakan2 kita. maka kita pun bersedih hati lah kerana apa yg kita mahu sampaikan, tidak kesampaian, dan mungkin juga disalah ertikan.

jahiliyyah dan Islam itu tidak boleh bercampur sampai bila-bila. saya bukan mahu menghukum sesiapa di sini sebagai org yg jahil, kerana kita semua bermula dengan jahil juga, tetapi benar juga apabila saya katakan, hendak menarik kejahilan ke arah kebenaran ini bukan kerja mudah. dan kerana ia bukan mudahlah, ramai yg tersungkur putus asa. berasakan tidak sanggup menanggung ujian ini. sedangkan ALLAH itu bukan sahaja sedang memberi ujian pada kita, sebaliknya juga sedang "menghulur CINTANYA" pada kita. tapi kita??? sudah jatuh tersungkur seperti bayi kecil dan tidak mahu cuba untuk bangun.

itu baru berhadapan dgn rakan2 sekeliling, anda belum keluar dan melihat dunia luar lagi, yg jalannya penuh dengan ujian. jalan tarbiyyah ini tidak berhenti di sini. ini baru intro, kawan2. jika kita pergi menjelajah ke dunia luar, macam2 org lagi yang kita akan ketemui. orang yg tidak seagama dengan kita, yg tidak sebangsa dengan kita, dan kalau pada kala ini kita sudah menangis teresak-esak dek tersungkur tadi, maka nanti, kita sudah hentak2 kepala kita pada batu saat org2 asing membidik kita dengan peluru hujah mereka. nauzubillah, hentaklah kepala ke batu sekalipun jika hentakan itu kerana anda menangis dahulu dan anda lupa ALLAH itu ada dan sedang menghulur cintaNYA, tapi jika mahu hentak kerana ujian ini membebani anda, sila pilih batu yg lebih besar lagi, hehe.

“Din itu adalah nasihah (diulang tiga kali).” Kami (sahabat-sahabat) bertanya, “Untuk siapa, wahai Rasulullah?”. Jawab Baginda, “Untuk Allah ‘Azza Wa Jalla, untuk kitab-Nya, untuk Rasul-Nya SAW, untuk barisan kepimpinan ummah Islam dan untuk ummah Islam seluruhnya.”
(Hadith Riwayat Muslim)



dan sebagai orang2 yg faham insyaALLAH, bagaimana untuk kita memberi kefahaman kepada rakan-rakan kita. adakah dengan serang bertubi-tubi, dengan hujah dan dalil dari al quran dan hadis2 nabi? bukankah kita sudah ada contoh teladan terbaik sepanjang zaman. sila jangan buat muka tidak tahu! sudah tentulah MUHAMMAD S.A.W. nabi kita yang hensem lagi disayangi ALLAH dan dirindui kita semua bukan. Rasulullah itu orangnya lembut. lemah lembut, jika Saidina Uthman itu disebut sebagai orang yg lemah lembut dan malu-malu orangnya, maka kekasih ALLAH ini plus2 lagilah lemah lembutnya. jadi kita ni, kena lah juga berlemah lembut dalam menyampaikan risalah dakwah ini.

"Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: “ Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat besar ? Mereka menjawab: `Agar kami mempunyai alasan (pelepas tangunggungjawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa.`Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbutan jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim seksaan yang keras disebabkan mereka selalu berbuat fasiq.”

( Al-A`raf: 164-165)

kita menyampaikan bukan untuk tunjuk alim atau mahu nampak hebat ye, tetapi kerana ia adalah satu tanggungjawab. siapa di sini mahu ditarik oleh saudara-saudaranya di akhirat kelak ke dalam neraka kerana tidak menunaikan tanggungjawab terhadap saudara-saudaranya, nauzubillah.

dalam bersahabat pun, kita berbai'ah, berjanji mahu menjadi "best friend til jannah " kan, jadi mahukah kita menarik kawan kita atau mahukah kita menjadi yg ditarik ke neraka itu?? nauzubillah.

” Wahai Rasulullah, Apakah kami akan binasa juga sedangkan ada di kalangan kami orang-orang yang masih berbuat baik?. Rasulullah s.a.w menjawab: Ya, apabila telah melata kejahatan.”

( Riwayat Muslim)

ya, kejahatan itu akan melata jika tiada kemarau tarbiyyah yang mampu menggersangkan ia, amboiihh bahasa. dalam bahasa standard nya, kalau kita jadi baik sorang2 pun, tak boleh juga. kan Rasulullah dah kata, kebaikan kita tuh macam debu di padang pasir la gamaknya kalau kejahatan di sisi kita dipandang sepi, dibuat tak endah, NAUZUBILLAH.

dan dalam menyampaikan, nafsu marah itu harus diletak tepi. kerana marah hanya akan mengundang syaitan. ingat x kisah Saidina Ali yg ingin membunuh seorang kafir ni di medan perang. beliau tidak jadi membunuh si kafir itu, kerana beliau tahu jika beliau bunuh si kafir itu, pembunuhan itu akan menjadi pembunuhan kerana nafsu amarahnya dan bukan pembunuhan kerana ALLAH. samalah juga kita dalam menasihatkan sahabat-sahabat kita. kalau kita memberi hujah sehebat mana pun, tapi dalam rasa kemarahan yg amat, maka yg kita sampaikan itu juga sekadar ingin menghamburkan kemarahan dan bukanlah untuk menasihati rakan-rakan kita kerana ALLAH.


“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kalian kepada Islam secara kaffah (menyeluruh), dan janganlah kalian mengikuti jejak-jejak syaithan karena sesungguhnya syaithan adalah musuh besar bagi kalian.”

[Al-Baqarah : 208]

Islam itu bukan konservatif, tetapi fleksibel. dan yang paling penting SYUMUL! sempurna kata org melayu. PERFECT kata orang putih. ape celop? ape celop2?? xde celop2 dalam Islam. nak Islam kena ambil semua. masuk ke dalamnya secara menyeluruh. kalau disuruh berpoligami laju aje mengangguk, tetapi disuruh bangun subuh liat sungguh macam mana tuh? tu dah celop2 la tuh. bukan Islam yg perlu tunduk pada perubahan zaman dan trend, tetapi trend itu yg perlu tunduk pada Islam.

kalau tidak mahu bercinta sebelum berkahwin, itu bukan KONSERVATIF tetapi MENGIKUT SEPERTI APA YG DISYARIATKAN DALAM AL QURAN. maka bercakap pasal kahwin pada usia 20 tahun juga bukan sesuatu yg konservatif, tetapi ia menjadi sesuatu yg konservatif apabila kita hanya bercakap pasal munakahat(perkahwinan) tanpa berlandaskan ayat-ayat ALLAH. kalau bercakap pasal bila mahu kahwin , siapa calon terbaik itu mmg kampung, tetapi jika kita bercakap tentang ingin menyediakan diri untuk menjadi ibu kepada sebuah baitul muslim dan menjadi isteri solehah mengalahkan bidadari syurga dan melahirkan zuriat2 hebat persis Saidina Ali, Mus'ab Umair, Fatimah az Zahra, dan Aisyah Humaira' silakan. tetapi! ada tetapi ye! amaran keras di sini, jika ingin bercakap pasal munakahat dan baitul muslim, sebelum itu kita perlu bercakap pasal INDIVIDU MUSLIM dahulu! senang cakap, kita fokuskan kepada INDIVIDU MUSLIM dulu la ye kak. boleh nk bercakap pasal munakahat, selagi ia menambahkan keimanan kite kan. dan perbualan itu membawa kepada ingin menjadi INDIVIDU MUSLIM yg gah di mata ALLAH.

dan berdakwah ini juga bukan dengan mulut aje ye.kalau kita berada di negara org, dan apabila orang asing bertanyakan Islam itu ape, dan perlukah kita menghulurkan al Quran sebijik pap!! dekat dia?? xkan, al quran itu akan terpantul pada akhlak kita. itu yang kita mahukan, Rasulullah itu disebut sebagai manusia berakhlak al Quran. apa yg saya ingin sampaikan di sini, jadilah umat Islam yg apabila org bukan islam memandangnya, dia nampak segala kebaikan Islam dalam akhlak kita. jangan kerana akhlak buruk kita, kita menjadi fitnah kepada agama kita, nauzubillah. jika orang bukan Islam melihat kita sebagai tidak kisah dengan aurat kita, sensitivity kita, maka mereka akan kata "oh itulah Islam", tetapi sebenarnya silap. nauzubillah.

bukan pada orang bukan Islam sahaja, malah pada rakan-rakan kita juga. mereka mungkin tahu kita sebagai org yg faham insyaALLAH, tetapi kita tidak menjadikan diri kita dalam kalangan org yg faham, faham bahawa akhlak itu lapisan paling luar yang melambangkan agama kita Islam. juga pada kaum keluarga kita. jika mereka tidak faham dengan perlakuan kita, maka berikan keterangan selembut dan secara paling berhikmah. agar mereka faham. contohnya, kenapa anda marah dia apabila dia terlanggar dan tersentuh aurat anda. katakanlah mungkin anda mmg ada habit itu dan sedang cuba memperbaikinya sedikit demi sedikit, atau itu uncontrol reaction seperti yg dinyatakan dalam biologi. berikan penerangan agar mereka faham. dan kepada siapa2 pun, do not assume, but ask for explanation. and please respect other's principle. as long as the principle is based on Quran and As sunnah. and we need to explain to them , kalau tak sampai bila2 lah dia xdapat penyelesaian kepada tindakan kita memarahi dia.


saya menulis bukan untuk tatapan hati dan minda anda sahaja, tetapi untuk tatapan hati dan minda saya juga, jadi tiada istillah siapa pandai atau siapa hebat. kita sama-sama belajar ek. belajar untuk menjadi lebih baik, baik yg mcm ALLAH nak. =)


wallahualam,



Thursday, March 1, 2012

kesejahteraan aqidah tahap "fatality"



bukankah aqidah yg sejahtera itu duduk di tangga tertinggi dalam 10 muwasaffat tarbiyyah iaitu sifat yg perlu ada dalam diri seorang muslim




Assalamualaikum, busy ke lame xnampak? haha tidak. xbusy pun, nak kate baru balik dri btn, dah hampir empat hari yg lalu balek dari btn dan semua la,

seminggu lebih sikit juga xde kat rumah

18.2-Sora ni tobou ( let's fly to the sky..err camni ke english die..) program pemahaman fiqh ketika berada di luar negara
20-24.2- btn yg kini dikenali sbg program transformasi mahasiswa ke luar negara..haha
27.2- pre departure di JPA putrajaya.

hoho, busy kan, hehe

Alhamdulillah, mcm2 benda yg masuk dalam kepala otak selama seminggu ini. seperti yg anda sedia maklum, atau ada yg masih tak sedia maklum, saya akan terbang ke negara sakura i.ALLAH 21 Mac 2012 ini, dari KLIA ke Narita International Airport jam 11.35 mlm waktu malaysia, dan tiba di sana jam 7 pagi waktu malaysia kot.

perasaan, saya sgt2 berdebar, biase la kot nk pergi tempat org. saye ni dah la mmg xpernah jejak tanah lain selain tanah melayu ni, hoho. takut, semestinya akan ada masalah dengan komunikasi dekat sane, sbb org jepun xkan ckap English xpsal2, sebaliknye kite yg kena deadly try to speak in japanese nanti. cuak juga bila kita the only malaysian yg akan ade dlm dewan kuliah tu nanti. seperti yg anda mungkin tahu, Jepun ialah sebuah negara pulau dan bergunung-ganang, dan , kerana faktor geografi inilah mereka agar sukar untuk bergaul dengan org selain bangsa jepun.ini bukan saya kata tapi sensei sye kate. kita malaysia kan multiracial country bak kata penceramah btn hari tu, so kite lain. penerimaan kita terhadap bangsa lain itu jauh lebih tinggi la kot. bukan saya nk kata mereka tak terima bangsa lain, sampai nk merusuh tidak, kalau mcm tu xde la pulak dasar pandang ke timur kan, tapi dari segi nk bergaul dengan bangsa lain tuh mereka agak kekok dan kurang la kot. kita yg kena approach die dulu, gitu la.tambah2 negara maju kan, die ade la "eksen"(pride) die sendiri.

tapi saya harus xsecara drastik pun sedikit demi sedikit kena buang rasa takut ni kan. sebab, kebergantungan kita dalam semua hal hanyalah pada ALLAH. susah senang kita, kena ingat dekat ALLAH sentiasa. sebenarnya bukan untuk pergi ke luar negara sahaja yg memerlukan aqidah yg sejahtera tahap "fatality", tapi dimana dan ke mana pun kita nanti, kesejahteraan aqidah itu sangat penting. tapi untuk berada di dalam negara yg tidak sama fikrahnya dengan kita ni, sgt2 la memerlukan kesejahteraan aqidah.

di program "sora ni tobou" hari tu, ada sesi explorace yg xla explorace mane, tp ibrahnya mmg tak terexplore la kan. bercakap pasal bagaimana kita nak berhadapan dengan nihonjin(org jepun) yg akn serang kita bertubi-tubi pasal Islam.kadang2 mmg ade yg berminat dan sgt nk tahu dan kadang2 ade je yg saje2 nk test, nk memprovok kan. "kenapa xminum arak?'' "kenapa pakai tudung? xpanas ke?" "kenapa xleh shake hand ngn lelaki?" dan yg paling penting, bukan keyakinan serta hujah panjang lebar sebenarnya, tapi kita berfikir dan beriman sejenak, kenapa kita buat dan xbuat semua tu? satu je kan. SEBAB ALLAH. dan sangat hebat la kalau kita boleh selit analogi2 yg perghhh sumpah berkrim. istighfar itu penting, dan untuk menjaga kesejahteraan aqidah kita dalam kemelut hujan peluru pertanyaan nihonjin2 itu ialah dengan kita mencari perkara yg mendekatkan kita dengan ALLAH. jadikan AL QURAN sebagai teman rapat kita, sambutlah salam bulatan gembira rakan2 dan akak2 kat sane. bermusafirlah dari hokkaidou ke okinawa sekalipun menghadiri konferens2 riang. sambil berjalan, melihat kebesaran ALLAH, sambil mengeratkan lagi tali persahabatan yg kita bina insyaALLAH kerana ALLAH itu.


saya anak malaysia! haha, tipulah kalau xterdetik sikit pun kat hati ni rasa cinta dan sayang pada negara, rasa terima kasih pada pemimpin2 bila menonton filem 1957 hati malaya kat btn hari tu kan, bila masuk diskusi dlm kumpulan pulak, walaupun tertidur-tidur, tipulah kalau xde rasa bahagia punya negara yg aman. ye malaysia ini memang negara yg sangat aman. tetapi sebagai belia muda peneraju tampuk pemerintahan masa depan la kot, saya dahagakan pimpinan seorang pemimpin yg kehendaknya ialah ISLAM. ya. ISLAM ialah keperluan hidup. semua perlu, tapi tidak semua hendak. bukan malaysia sahaja, tapi negara lain di dunia ini pun saya masih belum nampak, mana pemimpinnya yg tunduk bukan separuh2 tapi menyeluruh pada Islam. hatinya juga bukan separuh-separuh tapi seluruhnya untuk ALLAH. dan negara itu bukan dibangunkan dengan hanya adanya pemimpin yg beriman, tetapi juga rakyatnya yg beriman. ramai rakyat lagi pada pemimpin kan. jadi, sebagai rakyat, ke mana harus kita letakkan iman kita. adakah iman itu boleh dijual beli dengan kekayaan dunia. tidak bukan. jadi mengapa sanggup jual agama demi nama dan wang? bila masuk soal politik, mulalah nak letak Islam itu ke tepi, derr, politik itu salah satu cabang dalam kesyumulan Islam, menolak politik samalah jugak macam kata Islam itu xsyumul. tau syumul itu ape? SEMPURNA. ISLAM ITU SEMPURNA.kalau menolak Islam dalam politik, haa lagi la.

ISLAM itu mudah kalian, hanya kita yg sering menyusahkan, mengusutkan keadaan. dan jangan amik al quran separuh-paruh macam celop oreo dalam susu. nk celop, celop la keseluruhannya. biar la tenggelam dalam susu pun, yg penting celop semua!

“Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah syaitan. Sesunguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”-Surah al-Baqarah: ayat 208.

kalau perlembagaan malaysia, disuruh baca sampai ke hujung ayat, maka al Quran pun janganlah diambil separuh-separuh ye. =)

eh sebenarnya, saya menulis ni nak tengah tenangkan hati yg rawan dek penangan untuk ke Jepun. dah jadi topik politik pulak.okok, untuk rakan2 yg terbaca la kot post ni, dont worryLink


"La Takhaf Wa La Tahzan. Innallaha Ma’ana “Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita"


wallahualam.