Thursday, March 8, 2012

ujian adalah tarbiyyah(didikan) dari ALLAH



Bismillahirrahmanirrahima, Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, alhamdulillah, peace be upon you Muhammad s.a.w.
saya perasan sesuatu setiap kali ada perasaan nk menulis kat sini, hari itu mesti hari jumaat disaat-saat org nk pergi menunaikan solat jumaat, moga beroleh barakah sayyidul ayam ini.

人は誰でもそれぞれに悩みを抱えて生きる、、

tiba2 teringat lirik lagu bigbang ni, maksud die " manusia ini, walau sesiapapun pasti ade menanggung masalah dalam kehidupan." hmmm, maknanya, tidak perlu jadi perdana menteri untuk menanggung masalah, tidak perlu menjadi seorang suami untuk menanggung masalah, tidak perlu menjadi seorang guru untuk menanggung masalah.

masalah...

saya bukan nak bercakap pasal masalah sebenarnya.

dan bukan nak bercakap pasal masalah saya sebenarnya.

saya nak bercakap pasal ujian.

mungkin juga bercakap pasal masalh umat hari ini.

uhh! that sounds serious sgt la kot ek, "masalah umat."

eh xde la serious, i'm 20!
tidak perlu tunggu dapat degree untuk bercakap tentang masalahh umat.
tidak perlu tunggu umur 30,40 untuk bercakap tentang masalah umat.

kejap2, saya ni ada habit suka lari topik, ok xpe. back to the topic.

saya nak bercakap pasal ujian. as long as u're human, ALLAH itu akan sentiasa menguji hambaNYA. ALLAH bukan xsayang kita kalau DIA uji kita, malah sebenarnya sebab DIA sayanglah DIA nak uji kita. DIA xnak kita lupa DIA. kalau kita silap masa tu jugak DIA nak tegur kita. DIA xnk terlambat untuk tegur kita. sebab ape, sebab DIA sayang sungguh2 dekat kita. kita je yg xnampak KASIH SAYANG DIA.

baik yang berada di atas jalan tarbiyyah, baik yang baru nak melangkah ke jalan itu, baik yang sekejap lagi akan melangkah ke jalan itu, kita semua sama. ALLAH bagi ujian dekat kita mengikut kemampuan kita.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
- Surah Al-Baqarah, 286


sebab ALLAH sayang sangat kat kita, DIA yg menciptakan kita, yg memberi nikmat dekat kita, DIA jugalah yg memberi ujian setimpal dengan kemampuan kita. jadi putus asa itu harus tidak ada. mungkin kerana kita je kot yang kurang bersabar dengan ujian ALLAH.

"dan orang-orang yang sabar karena mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik), (yaitu) syurga 'Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang saleh dari bapak-bapaknya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu; (sambil mengucapkan): "Salamun 'alaikum bima shabartum = keselamatan atasmu berkat kesabaranmu ". Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu
(QS Ar-ra'd [13]: 22-24)


sabar itu salah satu sifat mahmudah, macam dalam lagu hijjaz, SUSAH DIMILIKI PAYAH DIJAGA. kita manusia, mmg cepat melatah kalau ditimpa ujian berbentuk musibah.

ujian boleh jadi dalam bentuk musibah, boleh jadi dalam bentuk nikmat. dan "tidak sabar" ini saling berkawan rapat dengan sifat "tidak bersyukur". apabila ditimpa ujian, kite mengaduh, menyalahkan takdir ALLAH, dan apabila kita peroleh nikmat berjaya, kekayaan, kesihatan, kita mendongak langit tanpa ucapan alhamdulillah, tiada sujud syukur luhur. sedangkan ALLAH sayang sungguh2 dekat kita kan??? kita lupa tu.

dan bagaimana pula ceritanya ujian dan ranjau jalan tarbiyyah. pahitnye bagai hempedu, tapi sebenarnya, ALLAH janjikan kita MADU! kemanisan yg kalau difikirkan kita mungkin akan jadi gila iaitu JANNATUL FIRDAUSI.

"ujian adalah tarbiyyah dari ALLAH. "

ujian untuk setiap orang itu berbeda, perghh berbeza sudah! maknanya tarbiyyah ALLAH untuk hamba-hambaNYA berbeza bagi tiap2 seseorang itu. kita mungkin melalui titian yg sama, tapi fikiran dan sifat yg berbagai yang ada pada manusia, menjadikan tarbiyyah ALLAH itu juga berbeza mengikut diri mereka. ermm, macam berbelit lah ayat ni. faham ke?

contohnya,

apabila diterjah oleh rakan-rakan soal perkahwinan. pandangan rakan2 kita,, kahwin awal ini tidak bagus. pelajaran penting. dan kita pula membalas sebagai, perkahwinan awal ini mampu menghindarkan fitnah, dan menjaga hubungan antara dua insan, betul! tiada yang salah dalam dua-dua hujah.

kemudian bau2 pertelagahan semakin kuat. bukan lah bertelagah sebenarnya, cume pandangan tidak sama, atau pendapat yg bercanggah, juga salah faham mana-mana pihak, salah faham soalan. dan mengundang kurang senang dua pihak. sebagai orang yg faham , insyaALLAH, kita mungkin cuba untuk memahamkan rakan2 kita ini, tapi kita tersalah step, tersalah method, tersalah ayat, yang akhirnya menimbulkan kecelaruan otak rakan2 kita. maka kita pun bersedih hati lah kerana apa yg kita mahu sampaikan, tidak kesampaian, dan mungkin juga disalah ertikan.

jahiliyyah dan Islam itu tidak boleh bercampur sampai bila-bila. saya bukan mahu menghukum sesiapa di sini sebagai org yg jahil, kerana kita semua bermula dengan jahil juga, tetapi benar juga apabila saya katakan, hendak menarik kejahilan ke arah kebenaran ini bukan kerja mudah. dan kerana ia bukan mudahlah, ramai yg tersungkur putus asa. berasakan tidak sanggup menanggung ujian ini. sedangkan ALLAH itu bukan sahaja sedang memberi ujian pada kita, sebaliknya juga sedang "menghulur CINTANYA" pada kita. tapi kita??? sudah jatuh tersungkur seperti bayi kecil dan tidak mahu cuba untuk bangun.

itu baru berhadapan dgn rakan2 sekeliling, anda belum keluar dan melihat dunia luar lagi, yg jalannya penuh dengan ujian. jalan tarbiyyah ini tidak berhenti di sini. ini baru intro, kawan2. jika kita pergi menjelajah ke dunia luar, macam2 org lagi yang kita akan ketemui. orang yg tidak seagama dengan kita, yg tidak sebangsa dengan kita, dan kalau pada kala ini kita sudah menangis teresak-esak dek tersungkur tadi, maka nanti, kita sudah hentak2 kepala kita pada batu saat org2 asing membidik kita dengan peluru hujah mereka. nauzubillah, hentaklah kepala ke batu sekalipun jika hentakan itu kerana anda menangis dahulu dan anda lupa ALLAH itu ada dan sedang menghulur cintaNYA, tapi jika mahu hentak kerana ujian ini membebani anda, sila pilih batu yg lebih besar lagi, hehe.

“Din itu adalah nasihah (diulang tiga kali).” Kami (sahabat-sahabat) bertanya, “Untuk siapa, wahai Rasulullah?”. Jawab Baginda, “Untuk Allah ‘Azza Wa Jalla, untuk kitab-Nya, untuk Rasul-Nya SAW, untuk barisan kepimpinan ummah Islam dan untuk ummah Islam seluruhnya.”
(Hadith Riwayat Muslim)



dan sebagai orang2 yg faham insyaALLAH, bagaimana untuk kita memberi kefahaman kepada rakan-rakan kita. adakah dengan serang bertubi-tubi, dengan hujah dan dalil dari al quran dan hadis2 nabi? bukankah kita sudah ada contoh teladan terbaik sepanjang zaman. sila jangan buat muka tidak tahu! sudah tentulah MUHAMMAD S.A.W. nabi kita yang hensem lagi disayangi ALLAH dan dirindui kita semua bukan. Rasulullah itu orangnya lembut. lemah lembut, jika Saidina Uthman itu disebut sebagai orang yg lemah lembut dan malu-malu orangnya, maka kekasih ALLAH ini plus2 lagilah lemah lembutnya. jadi kita ni, kena lah juga berlemah lembut dalam menyampaikan risalah dakwah ini.

"Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: “ Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat besar ? Mereka menjawab: `Agar kami mempunyai alasan (pelepas tangunggungjawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa.`Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbutan jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim seksaan yang keras disebabkan mereka selalu berbuat fasiq.”

( Al-A`raf: 164-165)

kita menyampaikan bukan untuk tunjuk alim atau mahu nampak hebat ye, tetapi kerana ia adalah satu tanggungjawab. siapa di sini mahu ditarik oleh saudara-saudaranya di akhirat kelak ke dalam neraka kerana tidak menunaikan tanggungjawab terhadap saudara-saudaranya, nauzubillah.

dalam bersahabat pun, kita berbai'ah, berjanji mahu menjadi "best friend til jannah " kan, jadi mahukah kita menarik kawan kita atau mahukah kita menjadi yg ditarik ke neraka itu?? nauzubillah.

” Wahai Rasulullah, Apakah kami akan binasa juga sedangkan ada di kalangan kami orang-orang yang masih berbuat baik?. Rasulullah s.a.w menjawab: Ya, apabila telah melata kejahatan.”

( Riwayat Muslim)

ya, kejahatan itu akan melata jika tiada kemarau tarbiyyah yang mampu menggersangkan ia, amboiihh bahasa. dalam bahasa standard nya, kalau kita jadi baik sorang2 pun, tak boleh juga. kan Rasulullah dah kata, kebaikan kita tuh macam debu di padang pasir la gamaknya kalau kejahatan di sisi kita dipandang sepi, dibuat tak endah, NAUZUBILLAH.

dan dalam menyampaikan, nafsu marah itu harus diletak tepi. kerana marah hanya akan mengundang syaitan. ingat x kisah Saidina Ali yg ingin membunuh seorang kafir ni di medan perang. beliau tidak jadi membunuh si kafir itu, kerana beliau tahu jika beliau bunuh si kafir itu, pembunuhan itu akan menjadi pembunuhan kerana nafsu amarahnya dan bukan pembunuhan kerana ALLAH. samalah juga kita dalam menasihatkan sahabat-sahabat kita. kalau kita memberi hujah sehebat mana pun, tapi dalam rasa kemarahan yg amat, maka yg kita sampaikan itu juga sekadar ingin menghamburkan kemarahan dan bukanlah untuk menasihati rakan-rakan kita kerana ALLAH.


“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kalian kepada Islam secara kaffah (menyeluruh), dan janganlah kalian mengikuti jejak-jejak syaithan karena sesungguhnya syaithan adalah musuh besar bagi kalian.”

[Al-Baqarah : 208]

Islam itu bukan konservatif, tetapi fleksibel. dan yang paling penting SYUMUL! sempurna kata org melayu. PERFECT kata orang putih. ape celop? ape celop2?? xde celop2 dalam Islam. nak Islam kena ambil semua. masuk ke dalamnya secara menyeluruh. kalau disuruh berpoligami laju aje mengangguk, tetapi disuruh bangun subuh liat sungguh macam mana tuh? tu dah celop2 la tuh. bukan Islam yg perlu tunduk pada perubahan zaman dan trend, tetapi trend itu yg perlu tunduk pada Islam.

kalau tidak mahu bercinta sebelum berkahwin, itu bukan KONSERVATIF tetapi MENGIKUT SEPERTI APA YG DISYARIATKAN DALAM AL QURAN. maka bercakap pasal kahwin pada usia 20 tahun juga bukan sesuatu yg konservatif, tetapi ia menjadi sesuatu yg konservatif apabila kita hanya bercakap pasal munakahat(perkahwinan) tanpa berlandaskan ayat-ayat ALLAH. kalau bercakap pasal bila mahu kahwin , siapa calon terbaik itu mmg kampung, tetapi jika kita bercakap tentang ingin menyediakan diri untuk menjadi ibu kepada sebuah baitul muslim dan menjadi isteri solehah mengalahkan bidadari syurga dan melahirkan zuriat2 hebat persis Saidina Ali, Mus'ab Umair, Fatimah az Zahra, dan Aisyah Humaira' silakan. tetapi! ada tetapi ye! amaran keras di sini, jika ingin bercakap pasal munakahat dan baitul muslim, sebelum itu kita perlu bercakap pasal INDIVIDU MUSLIM dahulu! senang cakap, kita fokuskan kepada INDIVIDU MUSLIM dulu la ye kak. boleh nk bercakap pasal munakahat, selagi ia menambahkan keimanan kite kan. dan perbualan itu membawa kepada ingin menjadi INDIVIDU MUSLIM yg gah di mata ALLAH.

dan berdakwah ini juga bukan dengan mulut aje ye.kalau kita berada di negara org, dan apabila orang asing bertanyakan Islam itu ape, dan perlukah kita menghulurkan al Quran sebijik pap!! dekat dia?? xkan, al quran itu akan terpantul pada akhlak kita. itu yang kita mahukan, Rasulullah itu disebut sebagai manusia berakhlak al Quran. apa yg saya ingin sampaikan di sini, jadilah umat Islam yg apabila org bukan islam memandangnya, dia nampak segala kebaikan Islam dalam akhlak kita. jangan kerana akhlak buruk kita, kita menjadi fitnah kepada agama kita, nauzubillah. jika orang bukan Islam melihat kita sebagai tidak kisah dengan aurat kita, sensitivity kita, maka mereka akan kata "oh itulah Islam", tetapi sebenarnya silap. nauzubillah.

bukan pada orang bukan Islam sahaja, malah pada rakan-rakan kita juga. mereka mungkin tahu kita sebagai org yg faham insyaALLAH, tetapi kita tidak menjadikan diri kita dalam kalangan org yg faham, faham bahawa akhlak itu lapisan paling luar yang melambangkan agama kita Islam. juga pada kaum keluarga kita. jika mereka tidak faham dengan perlakuan kita, maka berikan keterangan selembut dan secara paling berhikmah. agar mereka faham. contohnya, kenapa anda marah dia apabila dia terlanggar dan tersentuh aurat anda. katakanlah mungkin anda mmg ada habit itu dan sedang cuba memperbaikinya sedikit demi sedikit, atau itu uncontrol reaction seperti yg dinyatakan dalam biologi. berikan penerangan agar mereka faham. dan kepada siapa2 pun, do not assume, but ask for explanation. and please respect other's principle. as long as the principle is based on Quran and As sunnah. and we need to explain to them , kalau tak sampai bila2 lah dia xdapat penyelesaian kepada tindakan kita memarahi dia.


saya menulis bukan untuk tatapan hati dan minda anda sahaja, tetapi untuk tatapan hati dan minda saya juga, jadi tiada istillah siapa pandai atau siapa hebat. kita sama-sama belajar ek. belajar untuk menjadi lebih baik, baik yg mcm ALLAH nak. =)


wallahualam,



No comments: