Assalamulaikum,
ye hampir setiap kali nampaj link blog sendiri ni, mmg la akn rase nak bukak. n bile bukak nampak la ade kunjungan dari beberapa org kat traffic bwh tu kn, mcm alhamdulillah, ade jugak org sudi bukak, mungkin terbukak, secara xsengaja terjumpe link blog ni mase google something maybe. n terdetik la di hati ini. jika tidak mampu menulis pun, maka copy paste pun ok. asalkan 'one verse' itu kesampaian.
actually kali ni bukanlah 100% copy paste. ini gabungan nota usrah n tambahan info di internet. hari tu kena buat teks tazkirah utk daurah. makanya, mulalah me'matomekan' nota usrah, mengcompile kan, susun dan tulis elok2 kan, maka copy paste lah ke blog ini pulak.
maaf ats ketidak konsistennya saya dlm menulis blog ini.
Abu Ubaidah al Jarrah
Nama sebenar: Aamir ibn
Abdullah ibn al Jarrah
Ciri2: wajah berseri,
kacak,kurus,ceria.
Tiga lelaki quraisy yang
paling berseri wajah, paling baik akhlak, teguh peribadi, xdan tidak berdusta,
dan mendustakan.
1. abu bakar as siddiq
2. uthman affan
3.
abu ubaidah al jarrah
sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang
kepercayaan,pemegang amanah dan kepercayaan umat ini, pemegang amanah umat ini
ialah Abu Ubaidah bin al-Jarrah.”
l memeluk islam melalui Abu Bakar, hari seterusnya selepas abu bakar
l menyertai hamper semua perang
peristiwa perang badar.
Abu Ubaidah al Jarrah
telah membunuh ayahnya sendiri. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu bertembung
dengan ayahnya tetapi, ayahnya yang telah bersumpah untuk membunuh Abu Ubaidah
al Jarrah kerana menjadi pengikut Muhammad. Abu Ubaidah berasa sangat sedih,
lalu turun ayat surah Al Mujadalah, surah ke 58:22
“Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan
hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang
(perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah
bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun
keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam
hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya
dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan
mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah
penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong
(agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.”
Perang uhud
Ketika dalam peperangan
Uhud, tatkala pasukan muslimin kucar kacir dan banyak yang lari meninggalkan
medan pertempuran, Abu Ubaidah berlari untuk mendapatkan Nabinya tanpa takut
sedikit pun terhadap pihak lawan dan rintangan. Apabila didapati pipi Nabi
terluka, iaitu terhujamnya dua rantai besi penutup kepala beliau, segera ia
berusaha untuk mencabut rantai tersebut dari pipi Nabi S.A.W.
Abu Ubaidah mulai
mencabut rantai tersebut dengan gigitan giginya. Rantai itu pun akhirnya
terlepas dari pipi Rasulullah s.a.w.. Namun bersamaan dengan itu pula gigi seri
Abu Ubaidah ikut terlepas dari tempatnya. Abu Ubaidah tidak putus asa.
Diulanginya sekali lagi untuk mengigit rantai besi satunya yang masih menancap
dipipi Rasulullah s.a.w. hingga terlepas. Dan kali ini pun harus juga diikuti
dengan lepasnya gigi Abu Ubaidah sehingga dua gigi depan sahabat ini rongak
kerananya.
Dalam riwayat yang lain
Abu Ubaidah mencabut anak panah yang terkena pada rahang Baginda s.a.w.
“manusia
rongak berperibadi tinggi”
Gagah dan jujur
Rasulullah menggelar Abu
Ubaidah sebagai seorang yang gagah dan jujur. Pada suatu peristiwa di mana
delegasi kaum kristian dtg bertemu Rasulullah kerana ingin Rasulullah kirimkan
seseorang dari kalangan sahabatnya untuk menyelesaikan masalah kebendaan
mereka. (kerana kaum muslimin di pandangan kami adalah orang yang disenangi). Lalu
Rasulullah mengirim Abu Ubaidah kepada mereka.
Serangan taun dan kematian Abu Ubaidah al Jarrah
Pada zaman pemerintahan
Umar al Khattab, Islam dapat menawan Syam. Ketika itu Syam dilanda wabak taun. Khalifah
Umar memanggil Abu Ubaidah balik ke Mekah tetapi abu Ubaidah enggan.
Surat jawapan Abu
Ubaidah kpd Khalifah Umar.
“Hai Amirul Mukminin! Sebenarnya saya tahu kamu memerlukan saya, akan
tetapi seperti kamu ketahui saya sedang berada di tengah-tengah tentera
Muslimin. Saya tidak ingin menyelamatkan diri sendiri dari musibah yang menimpa
mereka dan saya tidak ingin berpisah dari mereka sampai Allah sendiri
menetapkan keputusannya terhadap saya dan mereka. Oleh sebab itu, sesampainya
surat saya ini, tolonglah bebaskan saya dari rencana baginda dan izinkanlah
saya tinggal di sini.”
Pesan Abu Ubaidah kepada
tenteranya
“Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, puasalah di bulan Ramadhan,
berdermalah, tunaikanlah ibadah haji dan umrah, saling nasihat menasihatilah.
Berilah nasihat kepada pimpinan kamu, jangan menipu, jangan terpesona dengan
harta dunia. Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian untuk setiap manusia,
kerana itu semua manusia pasti akan mati. Orang yang paling beruntung adalah
orang yang paling taat kepada Allah dan paling banyak bekalnya untuk akhirat.”.
Assalamualaikum”.
Kemudian beliau melihat
kepada Muaz bin Jabal ra dan mengatakan, “Ya Muaz! Imamilah solat mereka.”
Setelah itu, Abu Ubaidah ra pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Abu Ubaidah al Jarrah
meninggal dunia di Urdun, Syam yang kini ialah Jordan dan dikebumikan di situ. Beliau
meninggal dunia pada usia 58 tahun.
wallahualam