Thursday, May 30, 2013

pemuda rongak berperibadi tinggi

Assalamulaikum,
ye hampir setiap kali nampaj link blog sendiri ni, mmg la akn rase nak bukak. n bile bukak nampak la ade kunjungan dari beberapa org kat traffic bwh tu kn, mcm alhamdulillah, ade jugak org sudi bukak, mungkin terbukak, secara xsengaja terjumpe link blog ni mase google something maybe. n terdetik la di hati ini. jika tidak mampu menulis pun, maka copy paste pun ok. asalkan 'one verse' itu kesampaian. 

actually kali ni bukanlah 100% copy paste. ini gabungan nota usrah n tambahan info di internet. hari tu kena buat teks tazkirah utk daurah. makanya, mulalah me'matomekan' nota usrah, mengcompile kan, susun dan tulis elok2 kan, maka copy paste lah ke blog ini pulak.

maaf ats ketidak konsistennya saya dlm menulis blog ini.



Abu Ubaidah al Jarrah

Nama sebenar: Aamir ibn Abdullah ibn al Jarrah
Ciri2: wajah berseri, kacak,kurus,ceria.

Tiga lelaki quraisy yang paling berseri wajah, paling baik akhlak, teguh peribadi, xdan tidak berdusta, dan mendustakan.
1.    abu bakar as siddiq
2.    uthman affan
3.   abu ubaidah al jarrah

sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang kepercayaan,pemegang amanah dan kepercayaan umat ini, pemegang amanah umat ini ialah Abu Ubaidah bin al-Jarrah.”

l  memeluk islam melalui Abu Bakar, hari seterusnya selepas abu bakar
l  menyertai hamper semua perang

peristiwa perang badar.
Abu Ubaidah al Jarrah telah membunuh ayahnya sendiri. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu bertembung dengan ayahnya tetapi, ayahnya yang telah bersumpah untuk membunuh Abu Ubaidah al Jarrah kerana menjadi pengikut Muhammad. Abu Ubaidah berasa sangat sedih, lalu turun ayat surah Al Mujadalah, surah ke 58:22

“Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.”

Perang uhud
Ketika dalam peperangan Uhud, tatkala pasukan muslimin kucar kacir dan banyak yang lari meninggalkan medan pertempuran, Abu Ubaidah berlari untuk mendapatkan Nabinya tanpa takut sedikit pun terhadap pihak lawan dan rintangan. Apabila didapati pipi Nabi terluka, iaitu terhujamnya dua rantai besi penutup kepala beliau, segera ia berusaha untuk mencabut rantai tersebut dari pipi Nabi S.A.W.
Abu Ubaidah mulai mencabut rantai tersebut dengan gigitan giginya. Rantai itu pun akhirnya terlepas dari pipi Rasulullah s.a.w.. Namun bersamaan dengan itu pula gigi seri Abu Ubaidah ikut terlepas dari tempatnya. Abu Ubaidah tidak putus asa. Diulanginya sekali lagi untuk mengigit rantai besi satunya yang masih menancap dipipi Rasulullah s.a.w. hingga terlepas. Dan kali ini pun harus juga diikuti dengan lepasnya gigi Abu Ubaidah sehingga dua gigi depan sahabat ini rongak kerananya.
Dalam riwayat yang lain Abu Ubaidah mencabut anak panah yang terkena pada rahang Baginda s.a.w.

“manusia rongak berperibadi tinggi”
Gagah dan jujur
Rasulullah menggelar Abu Ubaidah sebagai seorang yang gagah dan jujur. Pada suatu peristiwa di mana delegasi kaum kristian dtg bertemu Rasulullah kerana ingin Rasulullah kirimkan seseorang dari kalangan sahabatnya untuk menyelesaikan masalah kebendaan mereka. (kerana kaum muslimin di pandangan kami adalah orang yang disenangi). Lalu Rasulullah mengirim Abu Ubaidah kepada mereka.

Serangan taun dan kematian Abu Ubaidah al Jarrah
Pada zaman pemerintahan Umar al Khattab, Islam dapat menawan Syam. Ketika itu Syam dilanda wabak taun. Khalifah Umar memanggil Abu Ubaidah balik ke Mekah tetapi abu Ubaidah enggan.

Surat jawapan Abu Ubaidah kpd Khalifah Umar.
Hai Amirul Mukminin! Sebenarnya saya tahu kamu memerlukan saya, akan tetapi seperti kamu ketahui saya sedang berada di tengah-tengah tentera Muslimin. Saya tidak ingin menyelamatkan diri sendiri dari musibah yang menimpa mereka dan saya tidak ingin berpisah dari mereka sampai Allah sendiri menetapkan keputusannya terhadap saya dan mereka. Oleh sebab itu, sesampainya surat saya ini, tolonglah bebaskan saya dari rencana baginda dan izinkanlah saya tinggal di sini.”

Pesan Abu Ubaidah kepada tenteranya
“Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, puasalah di bulan Ramadhan, berdermalah, tunaikanlah ibadah haji dan umrah, saling nasihat menasihatilah. Berilah nasihat kepada pimpinan kamu, jangan menipu, jangan terpesona dengan harta dunia. Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian untuk setiap manusia, kerana itu semua manusia pasti akan mati. Orang yang paling beruntung adalah orang yang paling taat kepada Allah dan paling banyak bekalnya untuk akhirat.”. Assalamualaikum”.
Kemudian beliau melihat kepada Muaz bin Jabal ra dan mengatakan, “Ya Muaz! Imamilah solat mereka.” Setelah itu, Abu Ubaidah ra pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Abu Ubaidah al Jarrah meninggal dunia di Urdun, Syam yang kini ialah Jordan dan dikebumikan di situ. Beliau meninggal dunia pada usia 58 tahun.




wallahualam

No comments: