Monday, October 15, 2012

cerita kaab bin malik



Assalamualaikum.

hari ini nak bercerita. bukan pasal buaya dgn kancil, tetapi pasal Kaab bin Malik.tahu x siapa kaab bin malik ni? kaab bin malik ini ialah salah seorang sahabat Rasulullah, hidup sezaman dengan Rasulullah. kaab bin malik menyertai hampir setiap perang. tapi satu perang yg tidak disertai kaab ialah perang tabuk.pada waktu itu, perniagaan kaab mendapat keuntungan yg banyak. dek leka akan nikmat itu kaab tidak pergi menyertai perang tabuk. pada hari berangkatnya angkatan perang, kaab berlengah, sampailah semua angkatan sudah keluar dari madinah tapi kaab masih berlengah.

setelah pasukan perang keluar, kaab sedar yg org2 yg tinggal tidak pergi berperang hanyalah orang2 yg sudah tua, perempuan2, kanak2 yg tidak upaya untuk pergi berperang. timbul rasa kegalauan dalam hati kaab. 

setelah pasukan perang pulang, maka berduyun-duyun lah org2 yg tidak mengikuti perang ini, pergi ke masjid untuk bertemu Rasulullah bertanyakan khabar peperangan. pada waktu itu kaab juga masuk ke dalam masjid untuk menyertai rasulullah, tetapi rasulullah menghadiahkan kaab senyuman pahit.

kaab berasa bersalah dan terus pulang ke rumah. dalam pada masa yg sama, rasulullah menyuruh sahabat2 lain supaya bersikap dingin dengan kaab seperti mana saranan ALLAH. kaab berasakan keadaan dia pada waktu itu sangat sempit.dia bermohon taubat pada ALLAH sungguh2.selepas itu barulah taubat nya diterma ALLAH. setelah itulah baru Rasulullah dan para sahabat kembali melayan kaab seperti biasa.


"Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan), dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita), serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepadaNya kemudian Allah (memberi taufik serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah Dialah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."

At Taubah:118

dinyatakan di sini 3 org itu islah kaab bin malik, hilal bin umayyah, dan mararah bin rabi

 "Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."
At taubah:24
 Allahu Allah.
Allah kata MAKA TUNGGULAH. bacalah dari sudut mana pun, ayat itu berbunyi amaran. nauzubillah sempit nya jiwa yg mana taubatnya ALLAH tangguhkan. nauzubillah.


jika kita masih melihat dunia sebagai sebab untuk kita berlengah maka kita silap. 
Allah memberi dunia sebagai loncatan, tempat untuk kite mengejar akhirat.
tapi manusia hari ini hidup, seolah-olah dunia inilah tempat duduk abadi mereka.
Allahu Allah.

wallahualam.




 

Wednesday, October 3, 2012

thabat, pahit tapi manis




Assalamualaikum,,,

like seriously dah lame sgt xupdate ni,,, selalu nya seronok bercerita pasal pengalaman tarbiyyah. tapi dah lame xmenulis pasal tarbiyyah di sini. ye. tepat sekali. blog ini bukan tempat luahan perasaan. walaupun ianya pernah menjadi tempat luahan perasaan. pernah. tapi cukuplah, untuk menjadi seseorang yg bermanfaat kpd org lain, luahan perasaan tolak tepi. tapi update pasal diri mungkin boleh dimaafkan lg,, heee. sbb saya manusia biasa, yg dikurniakan otak oleh ALLAH untuk menulis, dan kerana saya ini manusia, maka ada ketika nya saya juga kehabisan idea untuk menulis. ini spesis manusia yg mengaku dirinya manusia bila melakukan kesalahan. semoga terus ingat bahawa diri ini hanya manusia, eh silap, diri ini hanya HAMBA apabila berjaya i.ALLAH. 




Alhamdulillah semester pertama sebagai pelajar univeristi, ecceh.. berakhir sudah, masuk sudah 2nd semester. result? pencapaian? oh xperlu la nk cerita kat sini, cukuplah saya katakan, sikit atau banyak tetap rezeki, tetap nikmat dan tetap ujian. Alhamdulillah.

hari raya? Alhamdulillah sempat beraya dgn family terchenta. seronok? of course. atarimae!! heee. rasa xsabar nak habis belajar. bukan sbb nk kerja, tapi nak balek duduk rumah dgn family.oh homesick. tapi takde ape nak dikesalkan, malah bersyukur. di sini, tempat yg jauhnya 7jam naik flight dari malaysia inilah bertemunya saya dengan si DIA. si DIA yg bernama TARBIYYAH. semoga saya terus jatuh cinta dengannya, kerana cinta itu sahaja yg akan membawa saya kepada PENCIPTA saya. *senyum manis2!

tapi thabat itu bukan macam kelip mata. tidak. tidak sesenang itu. tapi itu juga bukan alasan untuk melarikan diri dari tarbiyyah. ye. ketika menulis post ini teringat kalimah ALLAH yg satu itu.

"wahai orang-orang yg beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" As Saff : 2


Allahu Allah. tahu akan kebenaran, tapi saat ianya tidak menguntungkan maka kita menolak. jalan ini sumpah xtipu panjang. tp manis. bukan mula2, tapi di penghujung. 

ya ALLAH, tiada lain yg aku minta selain kekuatan untuk thabat. 

thabatkan aku dan mereka. amin ya rabbul alamin.