Wednesday, February 8, 2012

alhamdulillah =)

saye seorang sahaja perempuan yg akn ke sane, dan di sana hanya ade seorang saje senpai(senior) perempuan


bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum, alhamdulillah, just nk beritahu kpd yg tidak tahu,ecece...

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, pada hari yg sama saye keluar dgn kwn2 integomb saye, saye dpt berita yg saye telah diterima masuk ke


YAMAGATA UNIVERSITY

tiada kata yg dapat diungkap, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ILLAHI, kerana memberikan kejayaan ini.seperti yg saye tulis disini, itulah pilihan2 yg saye buat, dan alhamdulillah, saye dapat apa yg saye impikan.pilihan pertama saye.

tapi kan, perasaan risau dan takut untuk terbang ke negara matahari terbit tu bertambah-tambah pulak skrg. hanya ALLAH yg tahu bagaimana harus saya berhadapan dgn dunia universiti yg jauh lebih mencabar lagi nti.

memikirkan subjek ape, mcm mane sye nk berkawan dgn org2 jepun, konpom2 lah saye seorg je rakyat malaysia dlm kelas tu nanti, atau mungkin ade student malaysia, tapi bukan melayu dan beragama ISLAM macam saye.

xpe, la tahzan. innALLAHa maana.insyaALLAH, kalau masih diberi izin untuk bernyawa, saye akn terbang dan menjejak bumi sakura itu, dan tujuan saye ke sane bukan sahaja untuk belajar tp juga membawa mandat besar sebagai da'ie, pendakwah, pendakwah pada diri sendiri dan juga org lain insyaALLAH. sahabat2 seperjuangan sekalian, jika saye jatuh, sambutlah tgn saye, dan bimbinglah saye. biiznillah.


sahabat2 ibt, aaj, dan ktj dan semua, yg mungkin sdg menunggu panggilan universiti,kita mmg sentiasa bermimpi sampai ke bintang, tapi kdg2 kite jatuh terjelopok dekat awan-awan nano, tapi harus diingat, bersyukurlah, at least kite xjatuh gedebuk ats tanah, and kena reflet diri balik, minyak roket kite tuh penuh x untuk kita sampai kat bintang sebenarnya, atau hanya cukup sampai ke awan nano je, same juga, impian tinggi melangit, tapi usaha seciput je, mcm mane tuh? dan yg paling penting, ALLAH xpandang natijah, tapi ALLAH tgok usaha kita. belajar dan bekerja itu ibadah, same je mcm solat, kalau kita belajar bagai melepas batuk ditangga, samalah jugak mcm solat yg tidak sempurna. peringatan untuk saya dan anda juga.

wallahualam.



Monday, February 6, 2012

hari bahagia.


delayed post.

Bismillahirrahmanirrahim, solu ala Muhammad, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, hari ini, ALLAH bg saya kesempatan untuk bertemu dgn rakan2 sekolah menengah saya, yg menjadi zaman2 keemasan dalam hidup saya. zaman yg xkan saya lupakan sampai bila2 iaitu zaman persekolahan menengah. bukan setakat senyum gumbira, malah air mata juga menjadi saksi persahabatan kami semua.

hari itu saya bertemu dgn

diyah
tinie
nad
faezah
fifi
ct bell

dari main bowling yg asyik jadi ratu longkang sampai la kpd lunch penuh ketawa gumbira di secret recipe. INDAH. hari itu pertemuan yg sangat indah.


semoga pertemuan kita pada lain waktu bukan sahaja untuk bergelak ketawa tetapi juga emi menambah keimanan yg tipis di dada insyaALLAH.

saya amat merindu mereka, dan saya mahukan kerinduan ini untuk kekal sampai bila2. dan biar ALLAH sahaja yg menjadi saksi pada ikatan persahabatan yg dengan izinNYA berpaksikan aqidah yg sejahtera, insyaALLAH.


sayang seribu kali sayang, internet malaysia ni xlah segah mane, err. ape sye nk cakp ialah sye xboleh nk masukkan gamba buat mase ni, sorrryyyy, jadi, nk tgok gamba2 sile ke

sini


aishiteru FILLAH.

wallahualam.

Saturday, February 4, 2012

kami merinduimu Ya Rasulullah









Assalamualaikum,
alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, masih bernafas pada 12 Rabiulawal 1433 hijrah. pagi yg indah, cerah, meraikan ulang tahun keputeraan Muhammad bin Abdullah, seorang insan biasa yg diangkat darjatnya oleh ALLAH dan menjadi ikon manusia terbaik sepanjang zaman.

sebagai seorang Muslim, saya rasa bersyukur dan berbangga punya role model yg tiada gantinya iaitu rasul terakhir, Muhammad S.A.W.

sesungguhnya sukar dizahirkan rasa rindu yg teramat pd Rasulullah. walaupun xpernah bersua muka, tetapi saya pasti bukan saya sahaja malah jutaan umat Islam di dunia ini amat merinduimu ya Rasulullah.


"ya Rasulullah, kau tinggalkan kami warisan yg abadi (al quran dan as sunnah), dan bersaksilah sesungguhnya ,kami merinduimu" -pemergianmu by In team

"alangkahnya indahnya hidup ini, andai dapat kutatap wajahmu, pasti mengalir air mataku kerna pancaran ketenanganmu" -Ya Rasulullah by Raihan

semoga semarak cinta ini bukan hanya untuk hari ini, tetapi moga berterusan, selagi nafas masih ada, selama itulah kita perlu berselawat, dan meneruskan sunnah Rasulullah.

dan harus diingat, sunnah terbesar, yg kebanyakan kita mungkin buat-buat lupa, atau memeng tidak tahu, iaitu DAKWAH.

DAKWAH

jalan dakwah tidak pernah ditaburi dengan bunga-bunga mekar lagi harum, dan tidak dihampari permaidani merah baldu. TIDAK. jalannya penuh berduri, berbatu tajam, dan tidak sedikit yg tersungkur di jalan itu, tapi jatuh tidak bererti tidak boleh bangun. pilihan di tangan org yg melalui jalan itu. beruntunglah org yg jatuh beberapa kali dan sentiasa cuba utk bangun kembali. biarpun jalannya penuh ranjau, tapi kemanisan di penghujungnya hanya ALLAH yg tahu. dan hanya org yg bersabar dalam taqwa dan keimanan yg istiqamah sahaja boleh sampai ke penghujungnya. insyaALLAH.

teruskan berselawat dan mengamalkan sunnahnya, semoga peroleh keberkatan di dunia, dan peroleh syafaat di akhirat.

wallahualam.