Saturday, February 4, 2012

kami merinduimu Ya Rasulullah









Assalamualaikum,
alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, masih bernafas pada 12 Rabiulawal 1433 hijrah. pagi yg indah, cerah, meraikan ulang tahun keputeraan Muhammad bin Abdullah, seorang insan biasa yg diangkat darjatnya oleh ALLAH dan menjadi ikon manusia terbaik sepanjang zaman.

sebagai seorang Muslim, saya rasa bersyukur dan berbangga punya role model yg tiada gantinya iaitu rasul terakhir, Muhammad S.A.W.

sesungguhnya sukar dizahirkan rasa rindu yg teramat pd Rasulullah. walaupun xpernah bersua muka, tetapi saya pasti bukan saya sahaja malah jutaan umat Islam di dunia ini amat merinduimu ya Rasulullah.


"ya Rasulullah, kau tinggalkan kami warisan yg abadi (al quran dan as sunnah), dan bersaksilah sesungguhnya ,kami merinduimu" -pemergianmu by In team

"alangkahnya indahnya hidup ini, andai dapat kutatap wajahmu, pasti mengalir air mataku kerna pancaran ketenanganmu" -Ya Rasulullah by Raihan

semoga semarak cinta ini bukan hanya untuk hari ini, tetapi moga berterusan, selagi nafas masih ada, selama itulah kita perlu berselawat, dan meneruskan sunnah Rasulullah.

dan harus diingat, sunnah terbesar, yg kebanyakan kita mungkin buat-buat lupa, atau memeng tidak tahu, iaitu DAKWAH.

DAKWAH

jalan dakwah tidak pernah ditaburi dengan bunga-bunga mekar lagi harum, dan tidak dihampari permaidani merah baldu. TIDAK. jalannya penuh berduri, berbatu tajam, dan tidak sedikit yg tersungkur di jalan itu, tapi jatuh tidak bererti tidak boleh bangun. pilihan di tangan org yg melalui jalan itu. beruntunglah org yg jatuh beberapa kali dan sentiasa cuba utk bangun kembali. biarpun jalannya penuh ranjau, tapi kemanisan di penghujungnya hanya ALLAH yg tahu. dan hanya org yg bersabar dalam taqwa dan keimanan yg istiqamah sahaja boleh sampai ke penghujungnya. insyaALLAH.

teruskan berselawat dan mengamalkan sunnahnya, semoga peroleh keberkatan di dunia, dan peroleh syafaat di akhirat.

wallahualam.


No comments: