Thursday, January 26, 2012

mari kupas surat cinta ALLAH


Assalamualaikum,

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, ALLAH masih lagi bersimpati dgn saya dan memberikan nafas hingga ke saat ini, saat menulis post ini,dan tiada nikmat yg lagi besar drpd nikmat islam, SUBHANALLAH.

hari ini, benda yg saya xpernah buat. maksud saya, saya xpernah mengadakan sesi ini di laman hoshizora ini.iaitu,

MENGUPAS AYAT AL QURAN.

alhamdulillah, sempat berbulatan gembira(usrah) bersama-sama rakan2 terchenta di alam maya semalam, dan terima kasih ya ALLAH kerana menghadirkan saya dalam majlis ilmu itu dan mendapat secebis ilmu yg insyaALLAH akn saya kongsikan bersama-sama anda semua.

SURAH AS SAF. surah ke 61 dalam naskhah AL QURAN

bermula dengan ayat satu
"apa yg ada di langit dan apa yg ada di bumi bertasbih kepada ALLAH, dan DIAlah Yang Maha Perkasa Maha Bijaksana"61:1

apa yg anda faham daripada ayat ini? nampak senang jika kita hanya memandang kulit luaran ayat ini tanpa mengupas hingga ke dalamnya.

maksud ayat ini, ALLAH mahukan segala-gala yg ada di langit dan di bumi untuk bertasbih kepadaNYA. dalam erti kata lain, semua yg ada di langit dan di bumi ini menjadi muslim dan beriman kpd ALLAH. bagaimana dengan org2 kafir? siapa yg bertanggungjawab menyebarkan Islam kepada mereka?

kita! ya..kitalah yg ALLAH pertanggungjawabkan untuk menyebarkan Islam kepada mereka. benar, jalan dakwah ini masih panjang, dan sepanjang perjalanan ini, harus diingat, dan lihat kembali ayat ini . ini tanggungjawab kita untuk menyebarkan ISLAM agar segala yg ada di langit dan di bumi ini bertasbih dan tunduk pada ALLAH SUBHANAHU WATAALA.

YA ALLAH rasa berat bila membaca ayat ini, beratnya lah bagi diri ini yg baru bertatih di jalan dakwah ini, wahai daie sekalian, sungguh hati kita akan berasa berat apabila membaca ayat ini, tapi bukankah ALLAH itu MAHA PENYAYANG LAGI MAHA MENGASIHANI. ALLAH pujuk kita pulak dgn ayat dari surah ini juga,

"wahai org yg beriman, mahukah aku tunjukkan suatu perdagangan yg dapat menyelamatkan kamu dari azab pedih?'' 61:10

"(yaitu) kamu beriman kepada ALLAH dan RASULNYA, berjihad di jalan ALLAH dengan harta dan jiwamu. itulah yg lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui." 61:11

"Niscaya ALLAH mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan ke dalam syurga yg mengalir di bawahnya sungai-sungai,dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. itulah kemenangan yg agung." 61:12

SUBHANALLAH, tiada yg rugi dalam berjual beli dgn ALLAH. tidak rugi rakan2 jika kita berjihad ke jalan ALLAH dgn hati yg ikhlas dan istiqamah. serahkan harta dan jiwa kita.

teringat kisah di mana Abu Bakar menyumbangkan bukan separuh tetapi semua hartanya untuk berjihad (berperang kalau xsilap...asif), dan apabila ditanyakan, apa yg engkau tinggalkan untuk isteri dan anak2mu. maka Abu Bakar menjawab.
"aku tinggalkan buat mereka ALLAH DAN RASULNYA. *insafi diri

kita? kalau tidak mampu sekalipun untuk menyerahkan seluruh harta yg kita ada, setidak-tidaknya sumbangkan kepakaran kita dalam jalan jihad ini.

Dari Abi Hurairah r.a, dari Rasulullah s.a.w berkata : Kamu akan dapati manusia itu seperti logam (himpunan berjenis besi-besi), baiknya mereka di waktu Jahiliyyah, baik juga mereka di waktu Islam, sekiranya mereka faquh (faham).


kita semua punya logam dan kebolehan, cth sng, pandai memasak, boleh tlg masak untuk akhawat bila ada daurah. nampak kecil tetapi itu ALLAH hitung di akhirat kelak. apabila kita faham tujuan hidup kita untuk beribadah dan menjadi khalifah, maka kita juga tidak akn ragu untuk menyumbangkan kebolehan kita ke jalan ALLAH. sangatlah rugi jika kita punyai kebolehan tetapi sayangnya kita tidak memahami ISLAM. nauzubillah, semoga saya dan anda juga digolongkan dalam kalangan org2 yg faham, biiznillah.

mari kita lihat ayat ini pula dalam surah yg sama

"Wahai org yg beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yg tidak kamu kerjakan." 61:2

Astaghfirullahal azdim....kalau dlm bahasa jepunya 不言実行. kita mneyuruh org berbuat kebaikan, tetapi kita juga masih dalam kelalaian, nauzubillah. tetapi harus diingat, ayat ini juga bukan alasan untuk kita terus bertapak di tepat yg sama. maksud saya, takut untuk berubah. hari tu ada baca artikel di blog APG... juga menyebut ttg berubah. kita tidak boleh takut untuk berubah dan takut untuk mencegah.

" macam mana aku nk tegur org diri aku pun xbetul lagi"

ya, kita harus memperbaiki diri dari semasa ke semasa, tetapi kita juga tidak boleh takut untuk menegur. kalau nk tunggu diri itu perfect sampai bila pun xtertegur kan. kita perlu menegur bukan menghukum org.

xperlu takut juga untuk berubah menjadi lebih baik, usah peduli kaca mata manusia, tapi berubahlah kerana ALLAH. jadikan pandangan ALLAH itu ukuran untuk kita berubah menjadi lebih baik. xsalah pun kalau org nk pandang sinis bila kita labuhkan tudung dari bidang 45 ke bidang 50. dari tudung bawal ke tudung akel. biarlah kalau manusia xsenyum pun dgn perubahan kita, yg penting ALLAH akn sentiasa tersenyum untuk kita.

kita kupas ayat ini pula, surah yg sama,

" Sesungguhnya ALLAH mencintai org2 yg berperang di jalanNYA dalam barisan yg teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yg tersusun kukuh." 61:4

dalam peperangan, barisan tentera yg kukuh itu bisa menang, walau bilangan tenteranya sedikit. kita boleh lihat dalam perang Badar, 313 org Islam menentang 1000 org kafir, tetapi barisan manakah yg lagi tersusun, itulah yg menang. maksudnya di sini, aqidah yg kukuh dan semangat juang yg tinggi dalam diri umat Islam bisa meranap runtuhkan barisan tentera org kafir. yg penting AKIDAH YG KUKUH LAGI SEJAHTERA. juga SEMANGAT JIHAD KERANA ALLAH. dan KESEPADUAN.

kerana itulah, unutk dakwah yg mantap lagi efficient, ukhwah itu penting, kalau ukhwah sesama akhawat itu sendiri masih goyah, masih berlubang sana dan sini, dakwah itu tidak akan menjadi. kasih sayang yg memampatkan ukhwah, bisa menjana dakwah yg berjaya insyaALLAH.


perasaan saya setelah mengupas ayat2 cinta ALLAH ini, sungguh menakjubkan, subhanallah, subhanallah, subhanallah.



kupaslah ayat2 ALLAH, seperti mana anda mengupas bawang, malah kupaslah lebih dalam lagi, anda pasti akan menangis.

macam mana nk jatuh cinta dengan ALLAH, kalau kita xpernah membaca surat2 cintaNYA....

wallahualam.

Monday, January 23, 2012

c.i.n.t.a



Assalamualaikum....


nak tahu apakah antara cabaran terbesar yg sentiasa mengganggu gugat iman seseorang? especially manusia2 yg sedang berjalan di lorongan dakwah. lorongan yg berduri, ranjaunya panjang hingga ke hujung, dan hanya org yg sabar dan istiqamah sahaja yg akn menemui cahaya di hujung lorong sana.

dan apakah cabaran itu?




CINTA.


saya xkata semua, tp ade akhi atau ukhti di luar sana yg pernah tersungkur, dek tersadung oleh akar2 cinta yg berselirat di dalam hati. perghh jiwangnye ayt! make it simple. saya, anda, mereka dan semua makhluk ALLAH yg bernama manusia dikurniakan hati. dan perasaan. kalau anda cuba2 untuk menolak perasaan cinta itu bermakna anda menolak fitrah yg ALLAH kurniakan dalam hati anda. apa itu fitrah? fitrah itu sesuatu yg semulajadi yg ALLAH kurniakan pd setiap manusia. tiada siapa dapat menolak fitrah. dari segi makna nmpak mcm dekat dgn semulajadi, tp mungkin ada perbezaan sedikit. saya amat xsetuju jika org kata die seorang yg pemarah dan itu sifat semulajadi yg xboleh ditukar. TIDAK. itu hanya perangai, peel(fe'el) yg BOLEH DITUKAR.

iman juga fitrah manusia. org yg tidak percaya pada TUHAN juga akn menyebut OH MY GOD bila dalam kesusahan... see...! siapa lg yg boleh menolak bahawa iman itu fitrah manusia. JADI, tiada alasan bahawa

"belum samapai seru"

"tunggulah ak dapat hidayah nanti ak pakai la tudung"

"kau doa2kanlah hati aku terbuka untuk pergi usrah"

derr.... iman itu dalam hati kita. kita je yg nmpak atau xnampak....kita yg xnak. saya boleh doakan awk, anda, tapi hati anda bukan saya pegang, TAPI ALLAH YG PEGANG. kita ni semua lahir2 je mmg dah ISLAM wak, xperlu pun cari mcm mana org2 kafir yg dah masuk ISLAM. betul la org kata yg kita xkan menghargai, kalau kita dpt sesuatu itu dgn cara yg senang. awak, xterlambat lagi untuk kita sedar, dan rasa bersyukur dgn apa yg kita ada. dan dgn rasa syukur itu, kita kena sungguh2 serahkan diri dan jiwa kita untuk ISLAM.

belum terlambat untuk awak lindungi rambut cantik anda dgn tudung, dan belum terlambat kalau awk nk bulatkan lagi bulatan gembira yg sedia ada, jalan untuk kembali xpernah ada sign "under renovation" or whatsoever.... ALLAH xpernah berhenti menunggu kita kembali padaNYA. jalan untuk kembali hanya tertutup bila ROH KITA SUDAH SAMPAI DI KERONGKONG.

jap. saya nk bercakap pasal cinta tadi kan, xpe...tersasul benda yg bukan xberfaedah pun kan. sebelum saya meneruskan lagi hikayat cinta saya ini, saya ingin tegaskan di sini bahawa, post ini bukan untuk peringatan kamu2 dan anda2 sahaja, malah untuk diri saya juga. kerana saya juga homo sapien yg berhati dan perasaan.

yg saya nk cakapkan di sini ialah CINTA MANUSIA.

pernah ada sahabat yg menangis teresak-esak di katil saya di asrama dahulu kerana ditinggalkan cik abe, kata cik abe,

"couple itu haram. hubungan ini xmungkin dapat diteruskan''

lebih krg gitu la.....beberapa purnama setelah itu, sahabat itu telah pun dapat melupakan kisah cinta yg tercicir di tengah jalan itu.jahat kan kalau saya cakap, sia2 je menangis dulu, sekarang dgn muka senyum mcm joker cakap kat saya dah xde perasaan dah kat cik abe.... adoyai,,, habis tu air mata yg dulu tuh untuk siapa??? kita ni manusia, suka menitiskan air mata untuk dunia, padahal kita tahu je yg dunia ini xkekal pun. mcm mana harus saya yakinkan diri sendiri dan anda semua yg dunia ini HANYA PINJAMAN.

LAGI BAHANA CINTA MANUSIA

org yg belajar dan faham apa itu syariah islamiah dan quran sunnah juga boleh tunduk pada hawa nafsu yg bernama cinta ini. sayang seribu sejuta kali sayang. adik2, kita belajar syariah islamiah dan quran sunnah kat sekolah itu bukan untuk jawab spm je. tp nk bawak mati tu dik. xke terluka hati ustazah kalau tahu yg murid dia ni ade pakwe,makwe, siap pegang tangan lagi. soal pegang tgn ni, bukan masa spm kita baru belajar ye.dah lame da.......... nk cakapnye, bukan sekadar pegang tgn je,, yg sebelum pegang duk tgok2 jeling2 tuh.... sape xnk tgk awek cun, mamat hensem, sekali pandang xcukup kan.

RAHSIAKAN CINTA

cinta dalam hati biar ALLAH dan kita je tau. xpayah cakap anda la.. saya sendiri pun, bila suke je tros nk bgtau kwn, xbestnye.... cintamu bukan lagi rahsia dik,

kalau kita dah elok ikut usrah, jaga aurat, tapi xjaga ikhtilat dgn kaum adam/hawa, xboleh juga. ikhtilat ialah pergaulan.

PERINGATAN UNTUK KAUM HAWA.....

bila bercakap dgn lelaki, xperlu dihalus lunakkan suara itu.

pemakaian... xperlu menonjol sgt, cantik terlebih. cukup sekadar tutup aurat.kan elok kalau pakaian cantik2 bwk sembahyang, jumpa ALLAH. kan sweet. berhias hanya untuk suami, suami seorang je kan.

maksud tutup aurat itu ialah tutup semua bahagian yg tidak boleh didedahkan. dan LOGGAR, TIDAK JARANG. kalau tutup semua tp baju ade shape buat ape kan, biar la dikatakan size XXL pun, size baju ALLAH xtnye kat akhirat nanti, dik.




xpayah takut, kalau ALLAH xnikahkan kita di dunia, mungkin DIA dah janjikan bidadari syurga untuk kita. dekat akhirat, ALLAH xtnye,

ALLAH:dulu kahwin xkat dunia?

xye.....

err,,, tp jgn slh faham, saya bukan menggalakkan anda untuk tidak berkahwin ye, tp binalah BAITUL MUSLIM setelah anda menjadi INDIVIDU MUSLIM yg sebenar. insyaALLAH ALLAH akn menemukan anda dgn seorng lg INDIVIDU MUSLIM setelah DIA yakin anda mampu untuk membinanya.


CINTA MANUSIA XBAWA KITA KE MANA-MANA. CINTAI ALLAH DAN NABI MUHAMMAD, DAN ANDA AKAN RASA UMAMI(kelazatan) DISEBALIKNYA.

wallahualam





bekalan nikmat ISLAM


sujud syukur padaMU atas segala nikmat

Assalamualaikum, bila dah habis belajar nk belajar la pulak, bila bg belajar menangis tersedu-sedan sampai keluar hingus xnk belajar, itu ape yg saya sdg rasakan sekarang. dulu merengek xnak buat shukudai(hw),,sekarang rasa rindu pulak nk buat..haishhh, inilah manusia, yg susah nk bersykur dengan apa yg dia ada sekarang,. Alhamdulillah, alhamdulillah,alhamdulillah..... syukur ke hadrat ILLAHI, kerana masih bernafas hingga ke saat ini, dan ALLAH masih berikan kesihatan, ilham untuk terus menulis dan menyampaikan. CONVEY,EVEN IF ONLY ONE VERSE!

manusia senang melupakan, bila dilimpahi nikmat, dan mula meratap, merangkak meraih simpati bila dalam kesusahan, dan ALLAH YG MAHA PENYAYANG LAGI MAHA PEMURAH xpernah meninggalkan hambaNYA keseorangan. kita kena sedar itu. kelmarin, kak naqibah ada pesan, bekalan plg penting untuk dibawa keJepun, bukanlah baju sejuk atau makanan atau kefasihan bahasa jepun TETAPI NIKMAT ISLAM. nikmat yg bukan anda sahaja, tetapi saya juga mudah melupakannya. Alhamdulillah,saya dan mungkin anda juga dilahirkan dalam keluarga Islam, hidup dalam negara yg kalau sebut Malaysia, mesti semua org ckap negara aman damai, tidak bergolak seperti di Palestin dan negara2 lain. Alhamdulillah, kita hidup cukup segala-galanya, tapi kita xpernah cuba bersyukur. ALLAH bg kita ujian sikit, kegagalan sikit, kita dah mula menyalahkan org lain, dan lebih dahsyat lagi menyalahkan takdir ALLAH. NAUZUBILLAH. dan manis dan indahnya hidup dalam kesyumulan Islam itu adalah apabila kita sentiasa bersyukur dengan diri kita semalam hari ini dan esok.

Halawatul Iman(kemanisan iman)
manisnya iman, bukan sekadar semanis kurma, tetapi manisnya yg tidak dpt dizahirkan melalui kata-kata. ada UMAMI yg tersendiri. tau ape itu UMAMI?? kesedapan........ macam mana nk meraih kemanisan itu??

1.mencintai ALLAH dan RASUL

cinta xkita dengan ALLAH???sayang x kita dengan Rasulullah???? tinggalkan laranganNYA dan lakukan suruhanNYA... dalam khutbah Rasulullah yg terakhir nabi dah cakap,

"aku tinggalkan dua perkara(ALQURAN DAN AS SUNNAH),dan jika kamu berpegang dengan kedua-duanya nescaya kamu tidak akn sesat"

2.mencintai manusia.

ALLAH itu sgt sygkan hambaNYA, dan kerana itulah cinta dalam hati kita ini bukan cinta untuk ALLAH sahaja tetapi juga untuk ibu ayah, kwn2 , dan saudara2 islam kita. tapi dah letaknya cinta untuk manusia ini ditangga kedua, maka rasa cinta ini tidak mungkin menjadi lebih drpd cinta untuk ALLAH yg kat ats nuh.

ibu: kalau nk kenal2 cari kwn(lelaki) boleh je...awk bukan muda lagi da......

kalau ibu kita cakap macam tu, melompat kegembiraankah kita dengan suruhan itu??

ALLAH: tiada hubungan antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram melainkan dihalalkan melalui pernikahan....

nahhhh!!!! sekarang nk ikut cakap siapa?????
jgn la plak terlampau ekstrem ckap ngn mak

aku: tapi mak couple itu haram!!! nk kenal2 watpenye...... xelok disisi ISLAM......!!!! DOSA mak!

nk cakap, nk tegur kenalah berhemah, berhikmah, der,,,,
kalau mak suruh cari pakwe..... angguk je, sebagai org yg faham bahawa couple semua tuh xde dlm Islam, dia sendiri tahu ape yg dia patut buat kan?

aku: saya dah ade dah mak, "org" yg tlg jaga saya 24jam. saya sentiasa rasa selamat bila DIA sentiasa memelihara saya......

xke senyum macam joker dalam batman mak kita bila dgr ayt tuh..alang2 tuh sambung la...

aku:ALLAH mak. DIA xpernah curang dan menduakan saya. mak jgn risau. yg mak perlu risau ialah jika saya yg menduakan DIA.

haaaaaaa...........

xperlu risau, tanamkan cinta pada ALLAH, dan insyaALLAH, ALLAH akn membalas cintamu dgn memberikan lelaki/perempuan yg baik , yg terpuji untukmu. kan ALLAH dah janji,

"perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."AN NUR : 26


3.benci kepada kekufuran seperti benci untuk dicampakkan ke dalam api neraka.

benci untuk merokok, xperlu benci org yg merokok..... benci bercouple xperlu benci org yg bercouple.....bercakap dari prospektif seorang daie, susah bukan nk tinggalkan apa yg kita suka untuk kita terus istiqamah di jalan dakwah? kebiasaan yg harus ditinggalkan....tapi percayalah, tiada siapa yg rugi dalam berjual beli dengan ALLAH. serahkan jiwa dan hati mu untuk ALLAH, tinggalkan dunia, dan ALLAH akn membalas dgn syurga!!!insyaALLAH...

Firman Allah SWT: “Barangkali kamu membenci membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – Al-Qur’anul Karim; Surah Al-Baqarah (2) ayat 216.




BAGAIMANA UNTUK MENJAGA HATI? supaya jauh daripada kekufuran....



1.membaca al quran
2.solat malam
3.berkumpul dgn org2 yg soleh seperti berbulatan gembira
4.puasa sunat
5.zikir, beristighfar

mudahkan?senang melakukan tapi payah nk teruskan, istiqamah. xpe....as a beginner, xsalah kita mulakan dulu.

bagaimana anda boleh berlari sekarang? kalau anda xpernah bertatih dahulu?
macam mana boleh menulis kalau xkenal a b c?

kan sakit kalau nk terus berlari kalau masih bertatih?
jatuhxpe....kita bangun balik!



wallahualam..





Saturday, January 21, 2012

空に飛べよう!



Assalamualaikum, syukur alhamdulillah telah selamat menyempurnakan sesi pengajian di IBT! finally i'm graduated!! pahit tawar masam manis, semuanya ada. alhamdulillah, pengalaman dan perjalanan hidup ini sentiasa mematangkan seorang makhluk bernama manusia. dan lebih indah lagi jika makhluk itu sentiasa hidup di bawah bayangan AL QURAN (fizilalilquran), kerana ia bisa membersihkan usia seseorng seperti mana bersihnya usia As Syahid Syid Qutub.

Alhamdulillah...tanggal 18 januari, kami 37 pelajar tajaan JPA ke jepun berjaya menggraduasikan diri dri IBT. pagi redup2 mendung yg tenang, dan kemudiannya dicucuri hujan rahmat pd petangnya menyaksikan bukan sahaja umi dan abah saya, malah makayah, papamama, momydaddy semua pelajar IBT tersenyum gumbira menyaksikan srg demi srg ank2 mereka muncul di pentas menerima sijil tamat pengajian di IBT.

disusuli jumaat penuh berkat yg juga dicurahi hujan rahmat, kami 37 org student IBT diumumkan layak untuk melebarkan sayap hingga ke negeri matahari terbit pada musim bunga tahun ini. i.ALLAH, berkat rstu dan redha ALLAH, juga doa ibubapa yg tidak putus2 juga sokongan semua rakan, dari segala sudut, terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan.


umi,abah, 心の底から本当にありがとうございました。

ke jepun. mungkin ini antara nikmat terbesar dalam hidup saya, juga anda2 yg lain. ingat! kita ke jepun bukan sekadar unutk menuntut ilmu seperti yg kita tulis dalam personal statement(志望理由書)sahaja, tetapi juga mendukung matlamat dan tujuan hidup kita di muka bumi ini sebagai abdi ALLAH, dan khalifah, khalifah kpd diri sendiri dan umat lain.

dgn penuh segan silu ingin saya nyatakan disini, saya sgt sygkan anda semua F26! terima kasih kerana menghadiahkan saya kenangan yg sangat manis sepanjang berada di IBT. dan terima kasih kerana mengakhiri zaman belasan tahun bersama-sama saya, we're now 20, and perjalanan kita masih panjang, dan saya ingin anda bersama-sama dalam perjalanan dakwah ini, dan hulurkanlah tgn anda pabila saya jatuh, sebab saya nk bergandingan dgn anda semua hingga ke Jannah. i.ALLAH.

皆、ご卒業おめでとう、これから先もよろしくお願いします。


wallahualam...

Sunday, January 1, 2012

2012


SELAMAT TAHUN BARU

semoga tahun ini lebih bermakna buat anda dan saya.
semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang ALLAH.
saya juga anda, kita semua harus mencuba, dan jangan pernah berhenti untuk berusaha menjadi yg lebih baik.
baik yg macam mana, jgn kusutkan kepala memikirkan baik yg macam mana kita perlu jadi, ingat balik kenapa kita dijadikan dan atas dasar apa dunia ini diciptakan.
dunia hanya alat, untuk akhirat yg abadi.
tiada yg terlambat dalam meminta keampunan pada ALLAH, melainkan roh sudah di kerongkong.
kekal itu bukan sifat dunia, dan anda tahu itu, jadi mengapa ditangisi lagi dunia yg bila2 akan lenyap,
menangislah untuk akhirat yg pasti. yg sudah tertulis dalam AL QURAN.back to it, you'll regret nothing.

wallahualam.