Monday, January 23, 2012

bekalan nikmat ISLAM


sujud syukur padaMU atas segala nikmat

Assalamualaikum, bila dah habis belajar nk belajar la pulak, bila bg belajar menangis tersedu-sedan sampai keluar hingus xnk belajar, itu ape yg saya sdg rasakan sekarang. dulu merengek xnak buat shukudai(hw),,sekarang rasa rindu pulak nk buat..haishhh, inilah manusia, yg susah nk bersykur dengan apa yg dia ada sekarang,. Alhamdulillah, alhamdulillah,alhamdulillah..... syukur ke hadrat ILLAHI, kerana masih bernafas hingga ke saat ini, dan ALLAH masih berikan kesihatan, ilham untuk terus menulis dan menyampaikan. CONVEY,EVEN IF ONLY ONE VERSE!

manusia senang melupakan, bila dilimpahi nikmat, dan mula meratap, merangkak meraih simpati bila dalam kesusahan, dan ALLAH YG MAHA PENYAYANG LAGI MAHA PEMURAH xpernah meninggalkan hambaNYA keseorangan. kita kena sedar itu. kelmarin, kak naqibah ada pesan, bekalan plg penting untuk dibawa keJepun, bukanlah baju sejuk atau makanan atau kefasihan bahasa jepun TETAPI NIKMAT ISLAM. nikmat yg bukan anda sahaja, tetapi saya juga mudah melupakannya. Alhamdulillah,saya dan mungkin anda juga dilahirkan dalam keluarga Islam, hidup dalam negara yg kalau sebut Malaysia, mesti semua org ckap negara aman damai, tidak bergolak seperti di Palestin dan negara2 lain. Alhamdulillah, kita hidup cukup segala-galanya, tapi kita xpernah cuba bersyukur. ALLAH bg kita ujian sikit, kegagalan sikit, kita dah mula menyalahkan org lain, dan lebih dahsyat lagi menyalahkan takdir ALLAH. NAUZUBILLAH. dan manis dan indahnya hidup dalam kesyumulan Islam itu adalah apabila kita sentiasa bersyukur dengan diri kita semalam hari ini dan esok.

Halawatul Iman(kemanisan iman)
manisnya iman, bukan sekadar semanis kurma, tetapi manisnya yg tidak dpt dizahirkan melalui kata-kata. ada UMAMI yg tersendiri. tau ape itu UMAMI?? kesedapan........ macam mana nk meraih kemanisan itu??

1.mencintai ALLAH dan RASUL

cinta xkita dengan ALLAH???sayang x kita dengan Rasulullah???? tinggalkan laranganNYA dan lakukan suruhanNYA... dalam khutbah Rasulullah yg terakhir nabi dah cakap,

"aku tinggalkan dua perkara(ALQURAN DAN AS SUNNAH),dan jika kamu berpegang dengan kedua-duanya nescaya kamu tidak akn sesat"

2.mencintai manusia.

ALLAH itu sgt sygkan hambaNYA, dan kerana itulah cinta dalam hati kita ini bukan cinta untuk ALLAH sahaja tetapi juga untuk ibu ayah, kwn2 , dan saudara2 islam kita. tapi dah letaknya cinta untuk manusia ini ditangga kedua, maka rasa cinta ini tidak mungkin menjadi lebih drpd cinta untuk ALLAH yg kat ats nuh.

ibu: kalau nk kenal2 cari kwn(lelaki) boleh je...awk bukan muda lagi da......

kalau ibu kita cakap macam tu, melompat kegembiraankah kita dengan suruhan itu??

ALLAH: tiada hubungan antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram melainkan dihalalkan melalui pernikahan....

nahhhh!!!! sekarang nk ikut cakap siapa?????
jgn la plak terlampau ekstrem ckap ngn mak

aku: tapi mak couple itu haram!!! nk kenal2 watpenye...... xelok disisi ISLAM......!!!! DOSA mak!

nk cakap, nk tegur kenalah berhemah, berhikmah, der,,,,
kalau mak suruh cari pakwe..... angguk je, sebagai org yg faham bahawa couple semua tuh xde dlm Islam, dia sendiri tahu ape yg dia patut buat kan?

aku: saya dah ade dah mak, "org" yg tlg jaga saya 24jam. saya sentiasa rasa selamat bila DIA sentiasa memelihara saya......

xke senyum macam joker dalam batman mak kita bila dgr ayt tuh..alang2 tuh sambung la...

aku:ALLAH mak. DIA xpernah curang dan menduakan saya. mak jgn risau. yg mak perlu risau ialah jika saya yg menduakan DIA.

haaaaaaa...........

xperlu risau, tanamkan cinta pada ALLAH, dan insyaALLAH, ALLAH akn membalas cintamu dgn memberikan lelaki/perempuan yg baik , yg terpuji untukmu. kan ALLAH dah janji,

"perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."AN NUR : 26


3.benci kepada kekufuran seperti benci untuk dicampakkan ke dalam api neraka.

benci untuk merokok, xperlu benci org yg merokok..... benci bercouple xperlu benci org yg bercouple.....bercakap dari prospektif seorang daie, susah bukan nk tinggalkan apa yg kita suka untuk kita terus istiqamah di jalan dakwah? kebiasaan yg harus ditinggalkan....tapi percayalah, tiada siapa yg rugi dalam berjual beli dengan ALLAH. serahkan jiwa dan hati mu untuk ALLAH, tinggalkan dunia, dan ALLAH akn membalas dgn syurga!!!insyaALLAH...

Firman Allah SWT: “Barangkali kamu membenci membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – Al-Qur’anul Karim; Surah Al-Baqarah (2) ayat 216.




BAGAIMANA UNTUK MENJAGA HATI? supaya jauh daripada kekufuran....



1.membaca al quran
2.solat malam
3.berkumpul dgn org2 yg soleh seperti berbulatan gembira
4.puasa sunat
5.zikir, beristighfar

mudahkan?senang melakukan tapi payah nk teruskan, istiqamah. xpe....as a beginner, xsalah kita mulakan dulu.

bagaimana anda boleh berlari sekarang? kalau anda xpernah bertatih dahulu?
macam mana boleh menulis kalau xkenal a b c?

kan sakit kalau nk terus berlari kalau masih bertatih?
jatuhxpe....kita bangun balik!



wallahualam..