Saturday, April 9, 2011

saye penat awk pown penat kan


penat!


Assalamualaikum...
blaja nih mmg penat kan...penat smp sye bercita-cita nk jd surirumah nanti..haha biarla degree or master ke(ecece...) tgi melangit pown tp PENAT! tadi terbaca blog Syakirah...penat die tgh wat IB... hoho....sye pown penat kat IBT ni...IB gak an..hihi....tp an... org kte keje lg penat! btol2.... sye agree 100%! sbb sye yg penah keje part time pown rse penatnye...igt lg...zmn mude2 sye dlu kan sye keje kat taska...sumpah penat...blek umah cam org gile...hmmm time tuh baru nk rse titik peluh mak ayh cari rezeki...huhu...sdeyh tau....slame ni tau minx dan minx duit je..(skrg xla...dah ade scholar sndri..hihi)....tp kdg2 minx jugak an..haha

ok..hari ni hari ahd yg agk mendung...mendung sbb sye nk abis cuti da...wahahaha.... tidakkk!!!! mse sye post nih..hw xciap lg derr,,, just to inform....i'm not gonna post here for a while... ye lah...busy tahap xtido la nti... mgu dpan bermula la klas yg akn stat kol 9pg smp kol 6.30 ptg!! 大変だ!!!!!sblm ni klas smp kol 5 je tau...tp sejak dah naik jd senpai nih...dah extend da....iyaaaaaaaaaaa......! xpe....  頑張ってね!

ok la...nk sambung wat hw ni(konon)..hihi..ja wassalam

Thursday, April 7, 2011

dia bukan org yg salah.... tp membawa hikmah





Terkadang kita terfikir :

Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?

Teman sekerja yang tak 'ngam'?

Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?

Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?

Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?

(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)

((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))

Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.

Pelbagai ragam dan karenah manusia yang dapat kita temui di dunia ini.

Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]

Untuk lita'arafu..

Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.

Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.

Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.

Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.

Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.

Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..

Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?

Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...

Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.

Takkan!

Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.

Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.

Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.

Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.

Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'

Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.

Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,

Untuk kita belajar sesuatu darinya.

Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.

Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.

Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.

Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.

Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?

Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.

Itulah dia Allah.

Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.

Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.

And He Knows best.

Wallahua'lam.

Bersabar, dan teruslah berdoa.

Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..

Monday, April 4, 2011

suci sekeping hati


Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba



Assalamualaikum...
hmmm....tetibe rse nk menyanyi lagu ni....
kita semua manusianyg dikurniakan hati dan akal....
jika mata kita melihat dunia ini masih panjang...
maka bersedialah dgn segala ujian yg dtg melanda...
jalan seorang mujahid...
bukan lah jalan yg sunyi...
sunyi dgn ujian...
sedalam mana cinta ALLAH pd hambaNYA...
lagi kuat dan dalam ALLAH akn mengujinya...
malah keaksih no 1 ALLAH iaitu RASULULLAH sendiri diuji sepanjang bergelar rasul...
maka...
mengertilah...
ujian ALLAH itu tanda sayang ALLAH pd kita....
kalau kita merasa beban pada ujian ALLAH...
maknanya...
cinta ALLAH itu juga kita anggap beban..NAUZUBILLAH...
ALLAH tidak akn uji kita dgn ape yg kite xmampu...
itu janji ALLAH dlm AL QURAN....
jgn sekali-kali memandang ujian sbg satu musibah...
nikmat itu juga satu ujian....
ALLAH beri kebijaksanaan akal melebihi org lain...
bukan untuk kita angkuh dan sombong dgn nikmat itu...
tetapi untuk kita kongsikan dan gunakan untuk jalanNYA...
ALLAH tidak memberi kekayaan untuk kita gunakan sewenang-wenangnya
tp salurkanlah kekayaan itu untuk membantu agama ALLAH....
bukan kah kita semua khalifah....
yg bermula sbg khalifah kpd diri sendiri
dan apabila kita di hadapan ALLAH
patuh dan taatlah sebagai hamba.....
ingat....
ujian bukan alasan untuk kita lemah...
tetapi di situlah kita perlu kuatkan iman....

untuk renungan saya dan anda bersama....wallhualam

h.a.t.i



Hati (heart) adalah satu organ yang ajaib. Ia berdegup 100,000 dan mengepam 100 gelen darah setiap jam. Bayangkan jika kita mengangkat air sebanyak itu dalam sejam. Mengikut sebuah kajian, otak sentiasa menghantar mesej ke otak , tetapi hati kadang-kadang tidak patuh. Fikiran kita mengatakan "kena solat", tetapi hati (perasaan) kita kata nak sambung tidur.

Hati yang Segar

Oleh itu, hati yang cerdik adalah hati orang mu'min yang merasai dekat dengan Allah, merasai Allah itu ada dihati kita. Butanya hati kerana jahil (tidak berilmu). Maka banyak manusia yang menjadi musuh kepada apa yang ia jahil lalu memusnahkan Islam dengan rasa cinta pada Islam.

Manusia akan menjadi luar biasa kerana hatinya akrab dengan Allah. Sebenarnya Allah tidak pernah meminggirkan kita, tidak menjauh dari kita, tetapi kita sendiri memilih untuk jauh dari Allah.

Hati yang dikuasai dengan kebaikan, akan melahirkan kebaikan yang banyak.

Begitu juga hati yang dikuasai dengan kejahatan, akan lahir kejahatan yang banyak.

Allah swt sangat melihat kepada hati.Justify Full


ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُم مِّنَ ٱلشَّجَرِ ٱلۡأَخۡضَرِ نَارً۬ا فَإِذَآ أَنتُم مِّنۡهُ تُوقِدُونَ

"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."

(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 284)



p/s: ini ialah ihsan iluvislam...bg saye mse untuk asah fikiran yg buntu utk menulis....sumimasen... wasalam......

Sunday, April 3, 2011

xde idea la

Assalamualaikum...

gomen ne hoshizora,, saye xlah busy just bajet busy je..huhu...dah lme xmengepos..nk post pown tatau nk post ape..ngahaha. skrg dah masuk level pre-advance... quite hard... not quite but mmg susah tahap kari ayam la.... hihi... sedar xsedar dah bulan 4... hmmm... xlm lg bulan 6... nk amik EJU dah ni... penting gak tp yg lg penting ialai EJU bulan 11 nanti... nih bulan 4 drg bebudak IBT nk gi jln2 kat melaka...duitnye xmsuk lg...wahai JPA... cepat la bg saye duit...kering tahap ikan masin dah ni.....



oooo untuk membuatkan awak semua jeless... saya sdg bercuti seminggu... seminggu pown kira heaven la bg student ibt mcm sye.....duit xde...sooo xde plan untuk kuar pegi mne2..hihihihhi

ok...sorry sgt..i'm lack of idea ni....honestly dont know what to post...

ja..wassalam. =)

Friday, March 25, 2011

result saya!


Assalamualaikum....
xtertahan rasa hati nak cerita psal result exam haha..
excited mcm star sgt je minah ni..hehe..
ok dear integomb's juniors... bukan krg je dpt result....
kak atiq pown dpt result ok...
terlanjur ckap psal juniors integomb ni.. congratzzz to all 2010 spm candidates...
no 2 dlm sbp seluruh malaysia ialah satu pencapaian yg amat sgt membanggakan...
tahniah kerana berjaya memecah belahkan rekod Excell9..to be honest...mmg krg is expected to break our record pown...hahha...tahniah2... as the former student of Integomb..saya tumpang gembira... and yg plg penting cikgu2 Integomb yg plg terbaik dan dedikasi dlm dunia... tahniah cikgu2!...
sehebat mana pown seorang manusia bernama pelajar... mereka semua bermula dgn ABC yg cikgu ajar!


ok...selesai hujah junior integomb..haha...


talking about my result....
saya bukanlah plg excellent dalam kelas..
ye saya Excell9 tp saya excellent dlm cara sye sendiri kot..hahahahaha


Nihon Go (Japanese Language)

Goi ( Vocabulary) 86.7
Bunpou ( Grammar) 79
Kanji 69
Dokkai ( Comprehension) 65.5
Choukai ( Listening) 83

Social Studies

Chiri, Rekishi ( Geography, History) 77
Keizai, Seiji ( Economics, Politic) 77

Eigo ( English) 80
Suugaku (Math) 76



alhamdulillah... syukur.. xfailed...
tp nk kata hebat itu jauh sekali....haha
cukup untuk lulus...
tp xcukup untuk pegi Jepun....



でも、今 から がんばる つもりです。
必ず 日本 へ いきたいです!

じゃ また ね!

wasalam =)

Friday, March 11, 2011

hikmah di sebalik semuanya...



Assalamualaikum.... berita tergempar gempa bumi pada magnitude 8.9 pada skala ritcher melanda Honshu, Japan... mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter... bandar2 utama seperti Tokyo dan Sendai plg teruk dilanda tsunami... tempat2 lain juga masih lagi dilanda gempa yg berterusan hingga kini... abang sye di Yamagata pown masih lagi berasa gegaran pada saat saya menulis post ini... sama2 kita doakan semoga semuanya selamat.....


juga buat saudara2 islam kita di Libya yg masih bergolak... bacakan qunut nazilah dan banyakkan berdoa buat mereka......

ambil iktibar drpd setiap ujian yg ALLAH beri ini... ini bukan sekadar bencana... tapi bencana yg menguji sejauh mana keimanan kita sebagai hambanya...

ALLAH tidak akan menguji kita dgn sesuatu yg kita sendiri tidak mampu mneghadapinya... i.ALLAH....