Thursday, June 2, 2011

indah dan berharganya wanita adalah pada agamanya






Al Khawarizmi, seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik.
Dia menjawab :

Jika wanita solehah dan beragama = 1

...Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10

Jika dia kaya ; tambah lagi 0 = 100

Dan jika dia dari keluarga baik-baik ; tambah lagi 0 = 1000

Tetapi jika yang "1" tiada...maka...tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0"

Wednesday, June 1, 2011

wish me luck dear...

saye penat! stress!!!!



salam...
dear hoshizora....do listen!
i'm gonna sit for my June's EJU...which is so scary!
ntah bleyh pass kew x...
then ade teikishiken....
which is more "hantu" than EJU tuh..
actually sme2 hantu jew...hantu yg xkan berhenti kacau ak slame setahun lg..wuhu....
just wish me luck dear,,,
i really need your support...
weeeeeeee....
ALLAH....padaMU kuberserah!
berikan aku kesudahan setimpal usahaku amin....!

Monday, May 30, 2011

kita hampir ke situ

kita hampir ke situ!


Assalamualaikum...
waaaa.... dah berhabuk bersawang dan bgai2 lg..waaaaaaa... lipas !!! uishhh kotornye ...blog spe la nih...hihi.....haha...agk2 r an...bru sebulan lbeyh xupdate... quite busy...mmg busy pown....19 jun n 22 jun ni ade exam separa besar.... yg sgt penting..... ok.. bukan nk cite psal exam... nti hilang mood cuti...oh ye..sye tgh bercuti...seminggu je ye...hihi,.. dan kali nih nk cite psal kem motivasi... yelah... ibt tgok ktrg bdak2 tajaan jpa nih mcm dah xde smgt nk blaja..btol kew??? bile ktrg blek punye belek...ktrg xde masalah yg serius pown...tension pown xleyh nk ckap tension sgt la... keje skolah byk itu biasa bai... blaja mne yg xssh...xbyk keje an...lari la ceruk mne pown...perkataan "blaja" itu tiada yg membawa makna senang... okok...

mgu lpas eh...ktrg ke kem al azhar di banting..... ade kem motivasi.... yg dikendalikan oleh Saido Sensei dan sensei2 lain...sensei melayu ye...hihi diasah2 dan dicungkil2 IQ, dan SQ kami...sah2 la IQ ak rendah..hahaha....lpe nk ckap..kitrg gabung ngn dak UNITEN...drg ade dlm 9org....dpt kwn2 baru...hihi......ooooo....group ak...group BELACAK.....tau x belacak tuh ape???? ktenye die ikan paya bakau yg bleyh hidup kat darat dan kat laut..krenye fleksibel la kot...


tapi yg penting kami dah bersemangat dah nk meneruskan hidup kami....setelah dgr lagu hampir ke situ


on the way blek tuh...ktrg singgah pantai morib...cantekk! xtau la plak pantai morib dah cantekk! tp cantekk utk jln2 la....bukan mandi ye..hihi....


Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu ku punya
Harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkah ku miliki

Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmah yg akan menunggu di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya cuba

*korus

Jika halangan menduga
Perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Kerna ku ada di sisi
Setia menemani
Andai semangat mu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan andainya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan takadir
Kau ada aku
Dan aku punya kamu
Apa jua akhirnya
Tetap bersama







Sunday, April 24, 2011

hadis ghulam

Dari Suhaib bahawa Rasulullah SAW pernah bercerita:

Di zaman sebelum kamu dahulu ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir. Bila tukang sihir merasa dirinya telah tua, dia berkata kepada raja tersebut: “aku telah tua. Carilah seorang budak (yang paling cerdik) yang boleh aku ajarkan kepadanya sihirku. Lalu dicari seorang budak dan tukang sihir tersebut mengajarkan kepadanya ilmu sihirnya.

Di pertengahan jalan menuju ke tempat belajarnya, terdapat seorang rahib. Budak tersebut telah duduk sebentar mendengar ajaran rahib tersebut dan merasa seronok dengannya. Selepas kali tersebut, setiap kali melalui tempat rahib, budak tersebut akan berhenti dan mendengar ajarannya. Ahirnya bila tiba kepada tukang sihir, ia dipukul (kerana terlambat). Lalu ia mengadu kepada rahib. Rahib berkata kepadanya: “Jika kamu takutkan tukang sihir, katakana kepadanya bahawa ububapaku menahanku (di rumah). Jika kamu takutkan ibubapamu (kerana lewat pulang), katakana kepada mereka berdua tukang sihir telah menahanku.

Waktu berlalu dan pada suatu hari budak tersebut telah bertemu dengan seekor binatang besar yang menghalang laluan orang ramai. Budak tersebut berkata di dalam hatinya, “Pada hari ini, aku akan tahu siapakah yang lebih hebat, tukang sihir atau rahib. Lalu diambilnya seketul batu dan dibaca: Ya Tuhan, jika sekiranya rahib lebih Engkau cintai dari tukang sihir, maka bunuhlah binatang ini dan berilah laluan kepada orang ramai.”

Lalu dilontar batu tersebut dan binatang tersebut pun mati (orang ramai sangat kagum dengan budak tersebut dan mengatakan dia mempunyai ilmu yang kita semua tidak mengetahuinya).
Perkara tersebut diceritakan kepada rahib. Rahib berkata kepadanya: “Engkau pada hari ini telah menjadi lebih hebat dariku. Engkau telah sampai ke peringkat yang aku dapat lihat sekarang. Tapi ingat, engkau akan diuji nanti. Apabila engkau diuji oleh Allah, maka jangan sekali-kali engkau memberitahu tentang ku.

Budak tersebut berjaya mengubati penyakit kusta dan sopak. Dan juga dapat mengubat semua penyakit yang dihadapi oleh orang ramai. Suatu ketika seorang yang dekat dengan raja telah terkena satu penyakit hingga buta matanya. Apabila mendengar tentang kehebatan budak tersebut, dia telah membawa hadiah yang banyak. Dia berkata kepada budak tersebut: “semua ini untukmu jika engkau dapat menyembuhkan mataku.”

Budak berkata kepadanya: “Aku tidak mampu menyembuhkan sesiapa. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan. Jika engkau beriman dan percaya kepada Allah, aku akan berdoa dan Allah akan menyembuhkan penyakitmu.” Lalu si pembesar buta tersebut percaya dan beriman kepada Allah. Budak tersebut mendoakan untuknya dan matanya pun sembuh seperti sedia kala.

Pembesar tersebut datang seperti biasa kepada raja. Raja terkejut dan bertanya kepadanya: “Siapa yang mengembalikan penglihatanmu?” Kata pembesar tersebut: “Tuhanku.” Raja sangat marah dan mengatakan: “Ada ke tuhan lain selain dariku?”

Lalu pembesar tersebut ditangkap dan diseksa hingga dia pun membonngkarkan ajaran budak tersebut. Budak tersebut dibawa kepada raja lalu raja bertanya: “Aku telah mengetahui kehebatanmu, sekarang kamu dapat menyembuhkan penyakit itu dan ini dan dapat melakukan itu dan ini.”

Lalu budak itu menjawab: “Aku tidak dapat menyembuhkan sesiapa. Hanya yang dapat menyembuhkan ialah Allah.” Lalu iapun ditangkap dan terus diseksa sehinggalah ia pun membongkarkan rahsia rahib (kerana tidak tahan dengan seksaan).
Lalu rahib pun ditangkap. Ia diserahkan supaya meninggalkan agamanya tetapi rahib menolak. Lalu dibawa gergaji dan diletakkan di atas kepalanya dan digergaji. Tubuhnya terbelah dua dan keduanya melerai jatuh ke bumi.

Budak tersebut lalu dibawa lagi kepada raja. Raja berkata: “Balik semula kepada agama asalmu.” Budak menolak lalu raja memanggil sebahagian dari kumpulannya dan dikatakan kepada mereka: “Bawa budak ini ke bukit sekian-sekian dan jika sekiranya ia tetap enggan, campakkan dari atas bukit. Tiba di sana, budak berdoa kepada Allah: “Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang Engkau kehendaki.”

Tiba-tiba bukit bergegar dab jatuh kesemua orang-orang raja tersebut. Budak balik berjalan kepada raja. Raja bertanya: “Mana dia kawan-kawanku?” Jawab budak: “Allah telah menolongku menghadapi mereka.” Lalu raja memanggil sebahagian lagi kumpulannya dan berkata: “Bawa budak ini ke tengah laut. Jika ia enggan, campakkan ia ke dalam laut.”
Bila tiba di tengah laut, budak tersebut berdoa dengan doa yang sama. Tiba-tiba perahu tenggelam dan semua kumpulan raja mati lemas. Budak balik semula kepada raja. Raja terkejut dan bertanya: “Mana kawan-kawanku?” Jawab budak: “Allah telah menolongku menghadapi mereka.”

Lalu budak tersebut berkata kepada raja: “Kamu tidak mungkin akan dapat membunuhku sehinggalah kamu menurut apa yang aku minta.” Tanya raja: “Apa dia?” Kata budak: “Engkau kumpulkan semua orang ramai di satu padang, kamu ikatkan aku di pohon kurma. Kemudian engkau ambil satu dari panahku dan letakkan panah tersebut pada busurnya. Kemudian engkau baca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini. Kemudian engkau panahlah aku. Kalau engkau melakukan begitu, kamu akan dapat membunuhku.

Lalu raja pun mengumpulkan orang ramai di satu padang. Budak itupun diikat pada sebatang pohon kurma. Kemudian diambil satu panah dan diletakkan pada busurnya. Lalu raja membaca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini dan terus dipanahnya. Panah tersebut mengenai bawah telinganya. Perlahan-lahan budak meletakkan tangannya pada tempat panah tersebut dan terus meninggal dunia. (Tiba-tiba orang ramai berkata: “Budak ini mengetahui perkara yang kita tidak ketahui)* “Kami percaya kepada Tuhan budak ini.”
Raja menjadi kelam kabut dan mengatakan: “Telah berlaku apa yang aku tidak mahu ianya berlaku.” Lalu raja menyuruh digali parit-parit di laluan-laluan orang ramai dan dinyalakan api di dalamnya. Sesiapa yang lalu akan diarahkan supaya kembali semula kepada agama asal. Jika tidak, akan dicampakkan ke dalam parit tersebut.

Lalulah seorang wanita dengan seorang anak kecilnya (bayi). Wanita tersebut gementar takut dicampakkan ke dalam api tersebut. Tiba-tiba bayinya bercakap dan berkata kepada ibunya: “Wahai ibu, sabarlah. Engkau berada di atas kebenaran!”

Hadis riwayat Muslim (No.5327 Kitab Zuhud dan Raqa’iq), Tarmizi (No.3263 Kitab Tafseer al-Quran) dan Imam Ahmad. Hadis disebutkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab Riyadhus Solihin di bawah bab Sabar.
*di dalam kurungan ialah beberapa tambahan yang ada dalam riwayat Tarmizi

Di akhir riwayat, Imam Tarmizi menyatakan bahawa:
Budak tersebut kemudiannya dikebumikan. Pada zaman Sayyidina Omar r.a telah ditemui mayatnya dalam keadaan tangannya masih diletakkan di bawah telinganya yang masih luka.





dpt kaitkan x hidup kita dgn ghulam ni??? mcm mane ek care kite berdakwah selama ni???? adakah penuh hikmah?? atau main sembur je???? renungkan


wasalam

Saturday, April 23, 2011

serangan pemikiran


Assalamualaikum.... alhamdulillah...selamat mengikuti daurah yg bertajuk GF( ghazwul fikr )
alhamdulillah...kerana telah menjadi slh seorang drpd hamba ALLAH yg dpt mengikuti program ini....

jadi apa itu GF? or we call it "serangan pemikiran" in malay... i.ALLAH... dlm ghazwul fikr ni diceritakan perang yg dilakukan oleh Zionis ke atas pemikiran umat Islam sejak dahulu hingga kini... sehingga kita mungkin tidak sedar bahawa sebenarnya pemikiran kita telah ditakluk.... kita tidak perasan kerana anasir2 jahat ini menjadi satu kebiasaan dlm masyarakat Islam kita hari ni,,, hmmmm,,,, ape itu yg terkandung dlm serangan ini????

tetapi sebelum itu... jgn terkeliru ya... tidak semua Yahudi itu Zionis...
Zionis ialah satu ideologi untuk menakluk dan menduduki satu kawasan di Palestin yg bernama Bukit Zion....dan matlamat utama Zionisme ini adalah untuk melesapkan semua budaya yg ada di dunia ini hingga yg tinggal kelak hanyalah budaya dan kepercayaan Yahudi sahaja... dan yg ingin dilesapkan itu termasuklah kita umat Islam dan agama syumul kita iaitu ISLAM!


yg pertama KERUNTUHAN AKHLAK....
lihat lah masyrakat Islam hari ni.. kalau yg perempuan,,, pakaian terdedah sana sini,,, sentiasa tidak cukup kain... pergaulan bebas... Islam tetapi meneguk arak yg nyata haram dlm Islam.... lelaki dan perempuan bukan mahram,..tiada lagi batas... membuat maksiat di khalayak ramai tanpa rasa malu... nauzubillah....seperti rancangan hiburan melalaikan..... rancangan realiti yg dahulunya disertai oleh golongan remaja 20an tetapi menjadi lebih "advance" dgn rancangan unutk kanak2 bwh 12 tahun...ape semua nih????? dah xde dah kata seperti..." wah an nisa.... merahnya pipi malumu seperi Aisya Humaira si isteri nabi..."...juga tiada...." tabahnya kamu wahai muannas.....persis Fatimah Az Zahra......".... mustahil untuk kedengaran kata2 sebegitu.... mana perginya wanita2 hari ini y persis srikandi2 pejuang Islam seperti dahulu...sungguh buruk akhlak umat akhir zaman ini... dek perang yg dicetuskan musuh laknatullah... tiada jua lelaki segagah Umar yg mampu menggoncang dunia dgn suara lantang dakwahnya... juga tiada secerdas Sultan Muhammad Al Fatih yg bijak dan akalnya hanya untuk pembangunan Islam... hingga di sebut dalam hadis Rasulullah ....subhanallah.....

kemudian MENGHANCURKAN FIKRAH....
apa yg dimaksudkan dgn istilah ini???? apa fikrah kita sebagai muslim?? sudah tentu ISLAM bukan,????? tetapi kita Islam atau islam.... bukankah kita Islam sekadar pada nama sahaja.... jika aurat tidak dijaga.... yg dilarang ALLAH itu yg kita suka....lantas menjadi pencinta tegar pada duniawi.... kejar akhirat insyaALLAH dpt dunia... tp dunia yg dikejar....... akhirat entah la ke mana....

lantas MELARUTKAN PERIBADI...
sibuk memperjuangkan hak org melayu... mengagungkan-agungkan bangsa melayu...hingga terlupa...adakah selama ini kita hiduo atas paksi seorng melayu semata-mata?? diskriminas muslim berbangsa cina dan india.... apakah ini??? Abu Zhar Al Ghiffari... seorang sahabat Rasululah juga hamba yg taat pd ALLAH.. dia bukan lah golongan bangsawan arab.... beliau hanyalah pemuda berketurunan Lanun yg sgt digeruni di tanah arab..... namun bangkit menjadi daie yg layak berdamping dgn Rasulullah.... bukankah Islam tidak pernah membeza-bezakan penganutnya...maka atas rasional apakah kita memartabatkan bangsa melayu instead of bangsa Islam....??? saya juga melayu.... saya bukan menolak kenyataan bahawa saya berbangsa melayu... tetapi saya juga beragama Islam.... dan saya akan mati sebagai Islam... bukan Melayu...

dan....MURTAD....
bukan tidak pernah belaku... ttp byk kes murtad.... untuk hidup dlm mana2 agama kita perlu bermula dgn tauhid atau aqidah.... rasulullah s.a.w juga tidak akn bercakap mengenai ilmu fikh selagi aqidah dlm hati belum kukuh.... ketika turunnya ayat pengharaman arak, bandar Madinah menjadi banjir...banjir arak... kerana mumin madinah yg teguh aqidahnya..tidak pernah ragu untuk tidak mempersoalkan lagi mengapa turunnya ayat arak itu.... kerana apa.... hati mereka dibina bermula dgn aqidah..... aqidah yg kuat.... kita???? nk pilih usrah dgn study pown menjadi satu masalah yg rumit kan??? kerana kita tidak percaya akan apa yg ALLAH janji kpd org2 yg menolong agamaNYA...

5S..yg menjadi main part org Zionis utk memerangi org2 Islam...

SPORTS- tidak salah untuk beriadah..yg menjadi dosanya ialah apabila kita melihat aurat pemain2 yg terdedah,,,.. dan itulah yg dihidangkan zionis utk kita....juga salah jika kita bermain futsal sampai melambat-lambatan waktu solat.... kenapa tidak dijadikan pdg futsal itu sbgai medan dakwah?..hmmm....
SEX- zina sana sini... tudak kenal halal haram... semua itu buka amalan org Islam...juga bukan amalan org melayu la kan,... tp ape sudah jadi??? bayi terbuang ada sahaja 7hari seminggu....
SCREEN-tv dan wayang....tidak lain tidak bukan...direka untuk melekakan kita.... program hiburan tanpa henti... non stop korean or japanese drama... are you willing to continue it later?
SONGS- mendengar bunyi2 yg tidak menambahkan keimanan langsung... kita hanyut dan lalai menikmati muzik yg musuh kita cipta khas untuk kita.... masa mendengar lagu itu panjangnya lebih drpd membaca Al Quran
SMOKES- merokok??? ya....dadah????ya.... haram...! rokok juga jatuh hukum haram kerana memudaratkan kesihatan.... umpama membunuh diri secara perlahan-lahan.... rokok tidak pernah berasal dri tanah melayu ni... ia di import masuk dri tgn2 musuh kita...

4F

FASHION -they introduce to us a brand new fashion which is absolutely oppose to what we learnt in Islam kan,,,,and the stupid 'we' just accept and love their fashion... nauzubillah
FOOD- to be high standard person by eating McD's burger rather than eating Ramly's bugger.... each bite is equal to a piece of bullet which penetrate the heart of our brothers and sisters in Palestine... how dare we????
FUN-uncountable....
FEMALE- fitnah dunia... yg menjadi kelemahan kaum lelaki... stop calling yourselves man if you're just being such a fool in front of woman


benda2 yg tiada membawa keuntungan untuk akhirat kita... so should we change as all of them go change too??? no right....

so... dah bersedia untuk sabotaj produk Israel dan Amerika??? saya juga baru mahu bermula ayuh....! tp ingat.... sabotaj tidak bermaksud sabotaj org sekeliling juga ye...salah tuh...kalau mak dah hulur McD tuh nk gaduh ngn mak kew sbb xnk makan??? xkan...


fikirkanlah...maaf jika ada kekilafan.... bukan anda yg perlu berubah...tetapi kita.. saya juga.....wasalam....

Thursday, April 21, 2011

buat sahabat2ku


Assalamualaikum...

Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji.. sedarilah bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan celaru fikiran Anda, akan kacau semua urusan, dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegundahan diri Anda.

01.Jangan Bersedih... Cinta Allah dan Rasulullah menjamin kebahagiaan.

02.Jangan Bersedih... Redha Dengan anugerah Allah membuat anda kaya di dunia.

03.Jangan Bersedih... Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas.

04.Jangan Bersedih... Semata-mata disebabkan anda berbeza dengan orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri.

05.Jangan Bersedih... Bila disakiti, dicela, direndahkan atau dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa.

06.Jangan Bersedih... Sesungguhnya setelah kesusahan akan ada kemudahan.

07.Jangan Bersedih... Kerana kesedihan anda akan membuat musuh anda gembira.

08.Jangan Bersedih... Atas perilaku manusia terhadapmu tetapi perhatikanlah perilaku mereka terhadap Allah.

09.Jangan Bersedih... Allah tidak akan mensia-siakan pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya.

Wahai sahabat-sahabat, janganlah bersedih, dunia ini terlalu hina untuk ditangisi.

- Artikel iluvislam.com

Sunday, April 17, 2011

lemah lembut

Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
"Sesungguhnya Allah itu bersifat lemah lembut dan ia menyukai sifat lemah lembut. Dan Allah memberikan sesuatu dengan cara lemah lembut yang tidak diberikan dengan cara kekerasan, dan juga tidak diberikan sesuatu melainkan dengan cara lemah lembut."(Riwayat Muslim)

Sifat Lemah Lembut

1. Sifat lemah lembut adalah sifat yang disukai oleh Allah sebaliknya sifat kekerasan adalah sifat yang dibenci oleh Allah.
2. Kekerasan tidak akan dapat menyelesaikan masalah sama ada yang meliputi bidang alam rumahtangga perhubungan masyarakat dan sebagainya.
3. Umat Islam dituntut supaya bersifat lemah lembut dan bertolak ansur didalam perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal."(Riwayat Muslim)

1. Lemah-lembut adalah akhlak yang mulia yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada hamba-nya. Oleh itu orang yang memiliki sifat lemah lembut adalah orang yang sangat beruntung.

2. Melatih diri untuk dapat memiliki sifat mulia ini dapat dimulakan dengan menahan diri apabila marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.

3. Orang yang lemah lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang (tidak tergesa-gesa). Namun sifat lemah lembut ini lebih baik diseiringkan dengan ketegasan agar seseorang itu tidak mudah dipermainkan atau diperbodohkan oleh orang lain.

4. Rasullullah s.a.w adalah contoh orang yang paling lemah-lembut dan paling baik dalam pergaulan. Sesiapa yang melihat baginda dari jauh akan berasa gentar tetapi sesiapa yang bercampur atau bergaul dengan baginda tentu akan menyayangi baginda disebabkan oleh sikap lemah lembut baginda itu.

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
(Surah Ali-Imran 3: Ayat Ke 159)