Thursday, January 26, 2012

mari kupas surat cinta ALLAH


Assalamualaikum,

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, ALLAH masih lagi bersimpati dgn saya dan memberikan nafas hingga ke saat ini, saat menulis post ini,dan tiada nikmat yg lagi besar drpd nikmat islam, SUBHANALLAH.

hari ini, benda yg saya xpernah buat. maksud saya, saya xpernah mengadakan sesi ini di laman hoshizora ini.iaitu,

MENGUPAS AYAT AL QURAN.

alhamdulillah, sempat berbulatan gembira(usrah) bersama-sama rakan2 terchenta di alam maya semalam, dan terima kasih ya ALLAH kerana menghadirkan saya dalam majlis ilmu itu dan mendapat secebis ilmu yg insyaALLAH akn saya kongsikan bersama-sama anda semua.

SURAH AS SAF. surah ke 61 dalam naskhah AL QURAN

bermula dengan ayat satu
"apa yg ada di langit dan apa yg ada di bumi bertasbih kepada ALLAH, dan DIAlah Yang Maha Perkasa Maha Bijaksana"61:1

apa yg anda faham daripada ayat ini? nampak senang jika kita hanya memandang kulit luaran ayat ini tanpa mengupas hingga ke dalamnya.

maksud ayat ini, ALLAH mahukan segala-gala yg ada di langit dan di bumi untuk bertasbih kepadaNYA. dalam erti kata lain, semua yg ada di langit dan di bumi ini menjadi muslim dan beriman kpd ALLAH. bagaimana dengan org2 kafir? siapa yg bertanggungjawab menyebarkan Islam kepada mereka?

kita! ya..kitalah yg ALLAH pertanggungjawabkan untuk menyebarkan Islam kepada mereka. benar, jalan dakwah ini masih panjang, dan sepanjang perjalanan ini, harus diingat, dan lihat kembali ayat ini . ini tanggungjawab kita untuk menyebarkan ISLAM agar segala yg ada di langit dan di bumi ini bertasbih dan tunduk pada ALLAH SUBHANAHU WATAALA.

YA ALLAH rasa berat bila membaca ayat ini, beratnya lah bagi diri ini yg baru bertatih di jalan dakwah ini, wahai daie sekalian, sungguh hati kita akan berasa berat apabila membaca ayat ini, tapi bukankah ALLAH itu MAHA PENYAYANG LAGI MAHA MENGASIHANI. ALLAH pujuk kita pulak dgn ayat dari surah ini juga,

"wahai org yg beriman, mahukah aku tunjukkan suatu perdagangan yg dapat menyelamatkan kamu dari azab pedih?'' 61:10

"(yaitu) kamu beriman kepada ALLAH dan RASULNYA, berjihad di jalan ALLAH dengan harta dan jiwamu. itulah yg lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui." 61:11

"Niscaya ALLAH mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan ke dalam syurga yg mengalir di bawahnya sungai-sungai,dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. itulah kemenangan yg agung." 61:12

SUBHANALLAH, tiada yg rugi dalam berjual beli dgn ALLAH. tidak rugi rakan2 jika kita berjihad ke jalan ALLAH dgn hati yg ikhlas dan istiqamah. serahkan harta dan jiwa kita.

teringat kisah di mana Abu Bakar menyumbangkan bukan separuh tetapi semua hartanya untuk berjihad (berperang kalau xsilap...asif), dan apabila ditanyakan, apa yg engkau tinggalkan untuk isteri dan anak2mu. maka Abu Bakar menjawab.
"aku tinggalkan buat mereka ALLAH DAN RASULNYA. *insafi diri

kita? kalau tidak mampu sekalipun untuk menyerahkan seluruh harta yg kita ada, setidak-tidaknya sumbangkan kepakaran kita dalam jalan jihad ini.

Dari Abi Hurairah r.a, dari Rasulullah s.a.w berkata : Kamu akan dapati manusia itu seperti logam (himpunan berjenis besi-besi), baiknya mereka di waktu Jahiliyyah, baik juga mereka di waktu Islam, sekiranya mereka faquh (faham).


kita semua punya logam dan kebolehan, cth sng, pandai memasak, boleh tlg masak untuk akhawat bila ada daurah. nampak kecil tetapi itu ALLAH hitung di akhirat kelak. apabila kita faham tujuan hidup kita untuk beribadah dan menjadi khalifah, maka kita juga tidak akn ragu untuk menyumbangkan kebolehan kita ke jalan ALLAH. sangatlah rugi jika kita punyai kebolehan tetapi sayangnya kita tidak memahami ISLAM. nauzubillah, semoga saya dan anda juga digolongkan dalam kalangan org2 yg faham, biiznillah.

mari kita lihat ayat ini pula dalam surah yg sama

"Wahai org yg beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yg tidak kamu kerjakan." 61:2

Astaghfirullahal azdim....kalau dlm bahasa jepunya 不言実行. kita mneyuruh org berbuat kebaikan, tetapi kita juga masih dalam kelalaian, nauzubillah. tetapi harus diingat, ayat ini juga bukan alasan untuk kita terus bertapak di tepat yg sama. maksud saya, takut untuk berubah. hari tu ada baca artikel di blog APG... juga menyebut ttg berubah. kita tidak boleh takut untuk berubah dan takut untuk mencegah.

" macam mana aku nk tegur org diri aku pun xbetul lagi"

ya, kita harus memperbaiki diri dari semasa ke semasa, tetapi kita juga tidak boleh takut untuk menegur. kalau nk tunggu diri itu perfect sampai bila pun xtertegur kan. kita perlu menegur bukan menghukum org.

xperlu takut juga untuk berubah menjadi lebih baik, usah peduli kaca mata manusia, tapi berubahlah kerana ALLAH. jadikan pandangan ALLAH itu ukuran untuk kita berubah menjadi lebih baik. xsalah pun kalau org nk pandang sinis bila kita labuhkan tudung dari bidang 45 ke bidang 50. dari tudung bawal ke tudung akel. biarlah kalau manusia xsenyum pun dgn perubahan kita, yg penting ALLAH akn sentiasa tersenyum untuk kita.

kita kupas ayat ini pula, surah yg sama,

" Sesungguhnya ALLAH mencintai org2 yg berperang di jalanNYA dalam barisan yg teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yg tersusun kukuh." 61:4

dalam peperangan, barisan tentera yg kukuh itu bisa menang, walau bilangan tenteranya sedikit. kita boleh lihat dalam perang Badar, 313 org Islam menentang 1000 org kafir, tetapi barisan manakah yg lagi tersusun, itulah yg menang. maksudnya di sini, aqidah yg kukuh dan semangat juang yg tinggi dalam diri umat Islam bisa meranap runtuhkan barisan tentera org kafir. yg penting AKIDAH YG KUKUH LAGI SEJAHTERA. juga SEMANGAT JIHAD KERANA ALLAH. dan KESEPADUAN.

kerana itulah, unutk dakwah yg mantap lagi efficient, ukhwah itu penting, kalau ukhwah sesama akhawat itu sendiri masih goyah, masih berlubang sana dan sini, dakwah itu tidak akan menjadi. kasih sayang yg memampatkan ukhwah, bisa menjana dakwah yg berjaya insyaALLAH.


perasaan saya setelah mengupas ayat2 cinta ALLAH ini, sungguh menakjubkan, subhanallah, subhanallah, subhanallah.



kupaslah ayat2 ALLAH, seperti mana anda mengupas bawang, malah kupaslah lebih dalam lagi, anda pasti akan menangis.

macam mana nk jatuh cinta dengan ALLAH, kalau kita xpernah membaca surat2 cintaNYA....

wallahualam.

2 comments:

Habibah said...

Tiqah~

Teruskan menulis.. Teruskan memberi.. Ada jiwa yg perlu kita sentuh dgn pena tarbiyyah;)

Menanti pewaris...

hoshizora said...

i.allah kak bib =)
biiznillah.