Sunday, June 24, 2012

itu tanda sayang bukan tanda benci

Bismillahirrahmanirrahim,

eh2,, report xnak buat tp blogging nak, hmmm

maafkan saye hoshizora, kerana sebulan sekali pun belum tentu sye dtg jenguk awk utk menulis sepatah dua di sini, maafkan saye.

alhamdulillah, masih diberi nafas, nafas dalam Islam dan insyaALLAH juga dalam keimanan. 

hijjaz pernah bernasyid dalam lagunya,

hidup tidak selalu indah
langit xselalu cerah,

hidup saya juga tidak selalunya indah,
macam manusia2 lain di luar sana juge,

dua minngu lepas dengar cerita dri sahabat baik, family nya ditimpa musibah. dan sye tenangkan hatinya dengan katakan bahawa ALLAH itu sayang sgt2 dekat dia dan family nye sbb tu ALLAH uji dia dan family die.

esok nya, saya pula kehilangan pencil box saye. sekali dgr semua org pun nk gelak kan? pencil box je pun kan,

oh tidak!

dalam pencil box itu ade id dan password yg saya guna utk pc kat university. dan bukan itu sahaja, dalam pencil box itu juga, ade はんこ。iaitu sejenis cop. cop bank. cop agreement dan sebagainya.siapa yg tak nak nangis bila tahu benda2 tuh semua jatuh dan hilang entah ke mana.
saya pun takde idea bila pencil box tu jatuh. sampai ke pasaraya maxvalue saye mencarinya. 

tapi xjumpa.

seminggu lebih iaitu beberapa hari sblm ni baru jumpa. alhamdulillah.

dugaan minggu lepas pulak.
disebabkan terleka dgn masa yg berlalu, saya rushing naik basikal kejar densha(tren).
akibatnya, jatuh basikal disebabkan jalan yg licin dan kelajuan yg melebihi had. jatuh di depan tempat tgu bas di mana sebuah bas sedang berhenti mengambil penumpangnya. apa yg saya mahu katakan di sini, makna nya ramailah yg melihat saya jatuh ketika tu. sakit. tapak tgn dan lutut saye lebam sikit. alhamdulillah takde luka serius. malu lebih lagi kot dri sakit.

apakah tanda nya ALLAH sgt sayangkan saya juga?

ya. jawapan nya ya!

kerana mungkin saya telah jauh driNYA
dan DIA sedang memanggil saya untuk dekat dgnNYA.
ya ALLAH, DIA sgt romantik.
saya yg terlalu kejam buat xnampak cintaNYA.
astaghfirullah al azim,

ya.
ujian itu bukan tanda benci,
tapi sebenarnya tanda cinta dan sayangnya ALLAH dekat kita.
kita menjauh,DIA panggil kita untuk dekat dgnNYA.
sbb DIA tahu.
manusia ini mudah lupa.
hanya mengingatiNYA saat dalam kesusahan.
lebih teruk lagi menyalahkanNYA saat dalam kesusahan.
nauzubillah.



alhamdulillah, semalam iaitu 23.jun berkesempatan berjalan(naik bullet train) sampai ke aomori
dan tadabbur alam.

idea tercantas disini, mohon berundur,
wassalam. =)











No comments: